KUALA KUBU BHARU: Seorang penuntut warga Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas 24 pertuduhan menipu seorang guru besar wanita membabitkan kerugian berjumlah RM141,262 berhubung tuntutan harta pusaka bapanya (tertuduh) bernilai RM2.4 juta yang tidak wujud.
Bagaimanapun, Nwaokorie Chikezi Patric, 41, yang merupakan penuntut diploma pelancongan di sebuah kolej swasta, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim, Nurul Mardhiah Mohammed Reza yang bertindak sebagai Majistret.
Mengikut 24 pertuduhan itu, tertuduh didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas telah menipu seorang guru besar berusia 59 tahun dengan memperdaya wanita itu untuk memasukkan wang berjumlah RM141,262 ke dalam sebuah akaun bank atas nama Adzatul Natasyah Adnan, 27, melalui pindahan dalam talian bagi menuntut harta pusaka bapa tertuduh bernilai RM2.4 juta yang tidak wujud.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah sekolah di sini antara 4 Februari 2021 dan 4 Mac 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Yong Ching Hong memohon jaminan RM10,000 dengan dua penjamin warga tempatan atas alasan tertuduh adalah warga asing.
“Mohon syarat tambahan dikenakan kepada tertuduh iaitu pasportnya diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di balai polis berdekatan,” katanya.
Peguam M Tharuma Ratnam, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana kes ini melibatkan mangsa dan modus operandi yang sama.
“Selain itu, anak guam saya telah berkahwin dengan rakyat Malaysia dan mempunyai dua anak. Dia juga memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM72,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi kesemua pertuduhan dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai serta menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan semula kes.
-BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
Nwaokorie Chikezi Patric didakwa atas 24 pertuduhan menipu seorang guru besar wanita membabitkan kerugian berjumlah RM141,262. -Gambar hiasan
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
33 juta rakyat Nigeria dijangka hadapi masalah keterjaminan makanan yang teruk pada 2025
Angka ini mewakili "peningkatan mendadak 25 juta yang memerlukan bantuan hari ini," kata Chi Lael, jurucakap WFP untuk Nigeria.
Tiga maut, lima hilang dalam kemalangan helikopter di Nigeria
Lapan orang berada di dalam pesawat ketika ia terhempas, termasuk tiga yang disahkan meninggal dunia.
Presiden Nigeria Tinubu rombak Kabinet
Presiden Nigeria Bola Tinubu merombak barisan Kabinetnya pada Rabu dengan memecat lima menteri dan melantik menteri baharu, lapor Xinhua.
Lebih 100 maut dalam letupan lori tangki minyak di Nigeria
Mangsa kebanyakannya adalah individu yang bergegas ke tempat kejadian untuk mengumpul minyak setelah lori itu hilang kawalan dan terbalik.
90 terbunuh dalam letupan lori tangki minyak di Nigeria
Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera apabila sebuah lori tangki bahan api meletup di barat laut Nigeria.
45 maut selepas bot sarat muatan terbalik di Nigeria
Bot kayu itu tenggelam pada pagi Sabtu di sebuah sungai berhampiran Bandar Gummi di negeri utara Zamfara.
Sekurang-kurangnya 37 maut akibat banjir di Nigeria
Pasukan mencari dan menyelamat menemukan 37 mayat selepas kejadian banjir besar pada Selasa.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Letupan bot di selatan Nigeria ragut 20 nyawa
Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria, menurut polis pada Khamis.
Menteri Luar Nigeria beri amaran campur tangan asing dalam protes kos sara hidup
Tuggar minta sokongan kolaboratif komuniti antarabangsa dalam menangani cabaran ekonomi dan memastikan kehidupan lebih baik untuk rakyatnya.