GEORGE TOWN: Tindakan tiga buah syarikat menggunakan perisian komputer dipercayai cetak rompak membawa padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Timur Laut baru-baru ini.
Serbuan dilakukan selama tiga hari bermula 15 Februari lalu selepas KPDNHEP menerima aduan daripada pengadu iaitu Business Software Alliance berhubung penggunaan perisian komputer yang dipercayai salinan langgaran iaitu cetak rompak.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Timur Laut, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, dalam serbuan berasingan bersama pihak pengadu mendapati semua salinan langgaran yang digunakan oleh syarikat terbabit mempunyai hak cipta.
Katanya, dalam serbuan pertama di sebuah syarikat kejuruteraan di George Town mendapati tiga buah komputer meja yang digunakan syarikat tersebut mengandungi salinan langgaran.
“Salinan langgaran yang digunakan ialah Windows 10 Pro, Office Home and Business 2016, Solidware Premium 2020, Illustrator 2019 dan AutoCAD 2019,” kata Ahmad Ahrazzudin dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, serbuan kedua dijalankan di sebuah syarikat perhiasan dalaman di kawasan Bayan Lepas dan menemui dua buah komputer meja dan sebuah komputer riba mengandungi perisian Windows 7 Profesional, AutoCAD 2017, 3ds Max Design 2015, Recap 360 Pro, Photoshop CC, Illustrator CS6 dan Sketchup Pro 2016 yang dipercayai salinan langgaran.
Manakala serbuan ketiga di sebuah syarikat yang membuat komponen elektronik telah menemui dua komputer riba yang mengandungi salinan langgaran iaitu Windows 10 Home, Office Standard 2016, AutoCAD 2017, SolidWorks Premium 2017, AutoCAD 2011 for Mac, Excel for Mac, Word for Mac dan Powerpoint for Mac.
“Tindakan diambil dengan membuat sitaan terhadap 5 komputer meja dan 2 komputer riba yang ditemui ketika serbuan bagi tujuan siasatan” katanya
“ Anggaran nilai rampasan bagi ketiga-tiga serbuan dibuat adalah RM26,000. Semua salinan langgaran yang digunakan tidak mendapat kebenaran pemilik hak cipta yang sebenar” ujarnya.
Kes ini disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Astro Awani
Fri Feb 18 2022

Antara perkakasan yang dirampas selepas aduan Business Software Alliance terhadap penggunaan perisian komputer yang dipercayai menggunakan perisian cetak rompak. - Astro AWANI

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Guna perisian cetak rompak, lapan komputer bernilai RM26,000 dirampas
Antara perisian cetak rompak yang dipercayai digunakan ialah Windows 10 Home, Office Standard 2016, AutoCAD 2011 for Mac dan Excel for Mac.

KPDNKK rampas komputer, perisian komputer cetak rompak bernilai RM741,300
KPDNKK Johor merampas 76 salinan perisian komputer cetak rompak dan enam komputer dianggarkan bernilai RM741,300.