Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 76 salinan perisian komputer cetak rompak dan enam komputer dianggarkan bernilai RM741,300 dalam dua serbuan berasingan di Ulu Tiram, di sini, dua hari lepas.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata serbuan yang dijalankan pada 22 dan 23 Mei itu dijalankan berikutan aduan daripada Business Software Alliance (BSA) mengenai kegiatan cetak rompak yang dilakukan dua premis perniagaan di Ulu Tiram itu.
"Kesemua serbuan yang dijalankan telah mendapat makluman daripada BSA di mana kita telah merampas perisian cetak rompak dengan jenama Adobe, Autodesk dan Microsoft yang kesemuanya didaftarkan di bawah BSA.
KPDNKK akan meneruskan usaha-usaha melindungi harta intelek daripada disalah guna oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab di bawah Akta Hakcipta 1987. Kementerian juga tidak akan berkompromi sekiranya ada premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti cetak rompak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya lagi, mana-mana premis perniagaan, organisasi atau individu yang didapati memiliki dan menggunakan perisian cetak rompak boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 iaitu denda sehingga RM20,000 bagi setiap perisian cetak rompak selain dipenjara lima tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
"Meskipun kes sebegini jarang berlaku di dalam negeri Johor tetapi ia bukanlah satu perkara yang kita boleh banggakan dan kita di pihak KPDNKK akan melipatgandakan usaha untuk membanteras perkara ini selain mengingatkan pengusaha-pengusaha di luar sana bahawa kita sentiasa memerhati pergerakan mereka," jelasnya.
Dalam pada itu, Pengarah Kanan BSA Asia Pasifik, Tarun Sawney dalam satu kenyataan mengucap tahniah kepada KPDNKK atas tindakan pantas kementerian itu dalam membendung gejala berkenaan daripada berlarutan.
"Dalam kajian yang dijalankan oleh BSA pada 2015, terdapat masih ramai pengguna perisian cetak rompak di dalam Malaysia di mana kadar pemasangan perisian cetak rompak adalah berada pada paras 53 peratus dengan nilai komersial sebanyak AS$456 juta (AS$1=RM4.30).
"Saya menyeru kepada perusahaan atau perniagaan untuk memastikan perisian yang mereka gunakan adalah tulen dan berdaftar bagi mengelakkan risiko serangan siber. Kegagalan berbuat demikian hanya akan memberikan kerugian yang lebih besar kepada diri mereka sendiri," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2017

KPDNKK Johor merampas 76 salinan perisian komputer cetak rompak dan enam komputer dianggarkan bernilai RM741,300. - Gambar hiasan
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Op Tiris: KPDN kesan 21 kes ketirisan diesel, nilai rampasan RM283,375
KPDN mengesan 21 kes ketirisan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan RM283,375 di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Ops Tiris dilancarkan sejak 1 Mac lalu.

KPDNKK rampas komputer, perisian komputer cetak rompak bernilai RM741,300
KPDNKK Johor merampas 76 salinan perisian komputer cetak rompak dan enam komputer dianggarkan bernilai RM741,300.