PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pelitup muka, payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung terhadap cuaca panas dan jerebu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata mereka juga perlu mengehadkan aktiviti fizikal lasak kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas dan jerebu.
"Hadkan masa berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan jerebu," katanya dalam kenyataan susulan keadaan negara dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lepas apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.
Berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam, terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (berjaga-jaga) dan tiada kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (gelombang haba).
Dr Zaliha turut meminta orang ramai untuk menutup tingkap bagi mengurangkan partikel jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
"Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman," katanya.
Beliau berkata langkah pencegahan lain bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan susulan cuaca panas dan jerebu adalah penggunaan penyaman udara dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
"Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ini bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan mengawal-atur suhu badan.
"Kerapkan mandi bagi menyejukkan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan," katanya menambah, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Keadaan jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.