SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban akan memperketat penguatkuasaan ke atas premis perniagaan bagi menangani isu warga asing berniaga menggunakan lesen atas nama isteri yang merupakan warga tempatan, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar berkata masalah warga asing menguasai perniagaan juga berpunca daripada tindakan sesetengah warga tempatan menyewakan lesen perniagaan mereka kepada golongan tersebut.
"PBT (pihak berkuasa tempatan) tidak membenarkan atau memberikan lesen atas nama mereka (warga asing) untuk berniaga di mana-mana tempat, sama ada di kaki lima, pasar malam atau premis perniagaan," katanya.
Arul Kumar berkata dalam operasi berkala yang dijalankan pada Ogos dan September lepas, sitaan dan dua kompaun dikenakan ke atas dua pemilik perniagaan selepas didapati premis dilesenkan atas nama isteri berstatus warganegara.
Selain itu, dalam tempoh berkenaan juga sebanyak 22 kompaun atas kesalahan sama dikenakan ke atas premis perniagaan di Nilai, katanya.
Arul Kumar berkata dalam menangani isu itu, sebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi memperketat syarat lesen premis.
Pembanterasan masalah ini juga memerlukan kerjasama pihak imigresen, kata beliau yang menjawab gesaan Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Labu) agar tindakan segera diambil terhadap peniaga warga asing yang kini memonopoli perniagaan pasar pagi dan pasar malam di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Dewan Undangan Negeri Sembilan. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Guna lesen isteri rakyat tempatan antara punca warga asing monopoli perniagaan di Nilai
Majlis Bandaraya Seremban akan memperketat penguatkuasaan ke atas premis perniagaan bagi menangani isu warga asing berniaga menggunakan lesen atas nama isteri yang merupakan warga tempatan.