ROMPIN: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggunakan helikopter bagi semburan udara produk biopestisid bagi mengawal serangga perosak ulat bungkus di kawasan tanaman sawit yang menyebabkan kerugian sekitar RM100 juta setahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata penggunaan helikopter dikendalikan Altus Aviation Services Sdn Bhd itu, menggantikan penggunaan dron yang digunakan sebagai inisiatif kawalan semburan udara sejak 2017.
Inisiatif kawalan juga pernah menggunakan kapal terbang semburan pertanian bermula 2009.
"Penggunaan helikopter boleh meliputi kawasan lebih luas yang berkesan untuk mengawal pembiakan ulat bungkus yang menjejaskan pengeluaran dan produktiviti pokok sawit selain kosnya lebih efektif.
"Paling penting, biopestisid berasaskan Bacillus thuringiensis (Bt) yang digunakan dalam kawalan ulat ini adalah mesra alam, yang merupakan produk hasil teknologi MPOB," katanya.
Fadillah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran helikopter itu dan majlis pecah tanah kilang sawit pintar di Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA), Stesen Penyelidikan MPOB Keratong di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi MPOB Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan Ketua Pengarah lembaga itu Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
Kejayaan mengurangkan populasi ulat bungkus itu juga menunjukkan keberhasilan kaedah sistem kawalan perosak bersepadu atau dikenali sebagai Integrated Pest Management (IPM) yang dibangunkan MPOB.
Sebagai contoh, Fadillah berkata serangan ulat bungkus melibatkan 19,000 hektar kawasan tanaman sawit di Johor berkurangan kepada 4,000 hektar manakala populasinya di Perak dapat diturunkan melebihi 95 peratus.
MPOB, menurut beliau akan terus melakukan pemantauan dan kawalan ulat bungkus selain memberi khidmat nasihat kepada pihak estet dan pekebun kecil bagi menangani serangan serangga perosak itu.
Kerajaan juga telah memperuntukkan RM12.4 juta untuk tempoh lima tahun bermula 2018, bagi mengurangkan ancaman serangga perosak itu.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan kilang sawit pintar itu, Fadillah berkata pembinaannya dijangka siap pada hujung tahun depan dan mula beroperasi pada 2025, dengan kapasiti pemprosesan buah tandan segar sebanyak 30 tan sejam.
Kilang yang dibangunkan dengan kerjasama MPOB dan Syarikat Fusionex Group itu akan berlandaskan pendekatan Revolusi Industri (IR4.0) dan antara lain, menggunakan pendekatan pelepasan sifar dalam usaha menyokong kemampanan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

MPOB menggunakan helikopter bagi semburan udara produk biopestisid bagi mengawal serangga perosak ulat bungkus di kawasan tanaman sawit, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto Twitter/@bernamadotcom

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.

Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Johari berkata ini juga sejajar dengan usaha menangani isu berkaitan aduan pekebun kecil mengenai wujudnya perbuatan memanipulasi timbangan.

Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.

Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.

Guna helikopter tangani ancaman ulat bungkus
Inisiatif kawalan juga pernah menggunakan kapal terbang semburan pertanian bermula 2009.

Stok minyak sawit Malaysia susut 10.54 peratus pada April
Jumlah stok minyak sawit Malaysia susut 10.54 peratus kepada 1.50 juta tan pada Mac berbanding 1.67 juta tan yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan - KPDN
Kuota 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal setakat ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

MPOB: Minyak sawit dan produk sawit Malaysia bebas dari penebangan hutan
Malaysia komited keluarkan minyak sawit mengikut prinsip dan kriteria mampan di bawah MSPO yang telah dilaksanakan secara mandatori mulai 1 Januari 2020.

Harga minyak sawit global turun, agensi berkaitan diarah kaji mekanisme harga runcit
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengkaji mekanisme bagi menurunkan harga runcit minyak masak di pasaran, susulan penurunan harga minyak sawit global.

Kuota minyak masak bersubsidi mencukupi - Wee
Kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55,000 tan metrik sebulan atau 660,000 tan metrik setahun mencukupi setakat ini.