KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng hari ini memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengaitkannya berhubung pembatalan pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary.
Lim, 62, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Guok Partnership di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Muhyiddin, 75, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutan, bekas Menteri Kewangan itu mendakwa Muhyiddin telah mengeluarkan tiga kenyataan memfitnah membabitkan plaintif dengan isu pembatalan pengecualian cukai ke atas yayasan itu pada 9, 11 dan 12 Mac lepas di laman Facebook milik defendan, yang kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita pada hari sama.
Menurut Lim, kenyataan fitnah berkenaan sengaja dibuat selepas Muhyiddin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac dan dibebaskan pada hari sama (9 Mac) kerana beliau mengetahui bahawa semua perhatian media dan akhbar tertumpu kepadanya.
Pengerusi DAP itu mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau bersifat perkauman, anti-Melayu dan anti-Islam serta sengaja mensabotaj Yayasan Albukhary selain enggan membenarkan pengecualian cukai ke atas yayasan tersebut ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 2018 hingga 2020.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan fitnah tersebut juga bermaksud beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan apabila yayasan kebajikan tersebut tidak patut dikenakan cukai.
Lim menuntut supaya defendan memohon maaf dan menarik kesemua kenyataan terbabit dan menerbitkan permohonan maaf dalam akaun Facebook dan Twitter miliknya serta menyiarkan permohonan maaf itu dalam beberapa akhbar dan portal berita di negara ini, dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman.
Turut dipohon ganti rugi am, teruk dan punitif yang akan ditentukan oleh mahkamah serta perintah injunksi menghalang Muhyiddin atau ejennya daripada mengeluarkan atau menerbitkan semula kenyataan fitnah atau apa-apa perkataan fitnah yang serupa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Lim (kiri) memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Muhyiddin (kanan) sebagai defendan tunggal.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.