KUALA LUMPUR: Seorang bekas Exco Pulau Pinang hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengarahkannya untuk menghubungi dua wakil syarikat pembinaan bagi membincangkan mengenai projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu.
Datuk Lim Hock Seng, 72, berkata beliau mendapatkan nombor telefon dua individu berkenaan iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan Datuk Lee Chee Hoe daripada Lim sendiri selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Komtar, Georgetown, pada 26 Jan 2011.
"Lim memaklumkan sebuah syarikat swasta iaitu Beijing Urban Construction Group (BUCG) sedang menerokai cadangan untuk membina sebuah terowong di Pulau Pinang dan bercadang untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri. Selepas mendapat nombor telefon mereka, saya menghubungi dan berjumpa mereka bagi membincangkan mengenai projek berkenaan," katanya.
Saksi pendakwaan ketiga itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kedua perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.
Hock Seng berkata selepas mendapat arahan daripada mesyuarat MMK pada 26 Jan 2011, beliau telah meminta jurutera Rajendran Anthony daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menyediakan satu kertas kerja "Perancangan Link Ketiga Pulau Pinang, Jalan Lingkaran Dalaman George Town dan Jalan Pintas (By-Pass), Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Hitam, Pulau Pinang.
Hock Seng berkata beliau juga menerima taklimat pelaporan kertas kerja itu dari semasa ke semasa dari pejabat Rajendran.
"Kemudian, pada 16 Mac 2011, ketika mesyuarat MMK bersidang, saya menyatakan bahawa BUCG telah meminta supaya MoU ditandatangani secepat mungkin dan Lim telah menyarankan Datuk Farizan Darus iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menandatangani memorandum berkenaan bagi pihak kerajaan negeri," katanya.
Majlis tandatangan MoU antara kerajaan Pulau Pinang dengan BUGC di Putrajaya diadakan pada 28 April 2011, yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri China, yang turut dihadiri Lim.
"Pada 19 Mei 2011, Zarul dan Lee hadir ke pejabat saya untuk berbincang mengenai projek berkenaan. Selepas selesai perbincangan, saya telah menghadiri mesyuarat MMK pada pukul 3.30 petang, hari yang sama.
"Saya memberitahu kepada mesyuarat MMK bahawa wakil BUGC telah datang untuk mengadakan perbincangan mengenai penyediaan Request for Proposal (RFP) (Permintaan Untuk Cadangan). Kemudian, Lim menyarankan penyediaan RFP dipercepatkan," katanya.
Mengenai projek berkenaan, Hock Seng berkata Pengurus Besar BUCG telah menjemput Lim dan delegasi kerajaan negeri ke Beijing melalui surat bertarikh 19 Mei 2011 dan Hock Seng turut mengesahkan bahawa 10 orang wakil delegasi termasuk beliau (Hock Seng) akan pergi ke Beijing pada 2 Jun 2011 dan pulang ke Malaysia pada 8 Jun 2011.
"Segala kos termasuk tiket penerbangan, tempat penginapan, makan dan minum di Beijing ditanggung oleh kerajaan negeri," katanya.
Prosiding sesi petang hari ini ditangguhkan selepas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim memberitahu mahkamah bahawa seorang pembantu kawasan Parlimennya disahkan positif COVID-19 dan beliau ada meluangkan kira-kira lima minit bersama pembantunya itu ketika mengedarkan bakul makanan di Puchong tiga hari lepas.
"Saya akan membuat saringan COVID-19 hari ini dan saya akan memaklumkan keputusannya nanti," katanya.
Hakim Azura Alwi kemudian menangguhkan perbicaraan sebelah petang dan meminta kes diteruskan esok dengan peguam lain jika Gobind tidak dapat hadir.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 15 2021

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai KM Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.