Lim Guan Eng tidak menafikan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijalankan kerajaan terdahulu dilihat lebih telus dalam pelaksanaannya.
Disebabkan ketelusan itu, jelas Menteri Kewangan, kerajaan berjaya mengutip hasil yang lebih banyak berbanding pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).
Bagaimanapun, beliau menegaskan, pelaksanaan GST telah memberi impak dan tekanan yang meluas kepada setiap lapisan masyarakat, terutama kepada pengguna akhir.
"Kalau kita sebut, antara GST dan SST, yang mana lebih telus? Sudah tentu GST lebih telus.
"Bagaimanapun, apabila kita sebut GST lebih telus, maknanya ia boleh kutip lebih banyak cukai dengan lebih meluas dan juga mempunyai kesan kepada rakyat.
"Sedangkan SST, sungguhpun tidak setelus atau tidak efisyen seperti GST, kesannya kepada rakyat khususnya pengguna akhir, yang mana kita beri tumpuan dan keprihatinan, kurang beri impak kepada rakyat," ujarnya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Ahmad Maslan (BN - Pontian) yang meminta Menteri Kewangan membandingkan tahap ketelusan antara GST dan SST.
Lim pada masa sama tidak menafikan pelaksanaan SST akan memberi impak kepada rakyat.
"Kita tidak nafikan, kita bukan macam Barisan Nasional (BN) yang menyatakan bahawa GST akan menyebabkan harga barang turun, tidak. Kita tidak akan nafikan hakikat sebenarnya yang berlaku.
"Bagaimanapun, apa yang penting ialah impak kepada SST adalah kurang daripada GST.
"Kerana, GST mengutip RM44 bilion sementara SST hanya RM21 bilion, iaitu pengurangan RM23 bilion," ujarnya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN - Ayer Hitam).
Mengulas lanjut, bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Lim berkata, GST merangkumi 60 peratus daripada Bakul Barangan dan Perkhidmatan Indeks Harga Pengguna (CPI) berbanding SST yang hanya merangkumi 38 peratus daripada Bakul Barangan CPI.
Tambahnya, banyak lagi barangan dan perkhidmatan lain yang dikenakan GST namun tidak akan dikenakan SST.
"Contohnya (tidak akan dikenakan SST), susu formula bayi, caj doktor di hospital, motosikal bawah 250 cc, caj transaksi perbankan serta tiket wayang," katanya.
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Thu Jul 19 2018
Lim tidak menafikan pelaksanaan SST akan memberi impak kepada rakyat tetapi ia kurang daripada GST. - Gambar fail
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan
Ahmad berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-mata.
Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).
DUN Nenggiri perlu bantuan Kerajaan Pusat, bawa projek untuk rakyat - Ahmad Maslan
Katanya, CSR itu merupakan hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dan segala pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk mereka.
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.