Syarikat E-hailing, Grab Malaysia siap sedia untuk melaksanakan peningkatan dan inovasi keselamatan produknya bagi khidmat penumpang motosikal sekiranya negara memulakan perkhidmatan teksi motosikal sebagai satu khidmat pengangkutan.
Ketua Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat itu juga mencadangkan agar peraturan Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) membenarkan pembangunan satu set berasingan ciri-ciri keselamatan khas yang ketat mengenai motosikal berkenaan bagi melindungi orang awam.
"Grab menyatakan sokongan secara prinsip kepada Kabinet bagi permintaan penggunaan perkhidmatan motosikal di Malaysia namun pada masa yang sama menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan perkhidmatan itu.
"Ketika kerajaan mempertimbangkan undang-undang bagi perkhidmatan motosikal di Malaysia, kami percaya adalah penting untuk menitikberatkan aspek kritikal perkhidmatan ini - keselamatan penunggang, penumpang dan masyarakat keseluruhannya dengan mengambil kira infrastruktur jalan raya, keadaan trafik dan rekod keselamatan," katanya.
Goh berkata, pada masa kini perkhidmatan penumpang motosikal Grab adalah nombor satu di Indonesia, Vietnam dan Thailand.
BACA: Gojek peluang buat mat motor jana pendapatan - Syed Saddiq
BACA: Gojek: Pengguna punya pilihan lain - Dr Mahathir
Sehingga kini, Grab mewujudkan peluang pendapatan kepada lebih 10,000 rakan motosikal menerusi perkhidmatan GrabFood dan GrabExpress di sekitar Lembah Klang, Kuching, P. Pinang, Kota Kinabalu, Melaka dan Johor Bahru.
"Kita akan terus mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk semua rakyat Malaysia termasuk belia, individu yang kurang upaya dan mereka yang lain yang mencari peluang pendapatan," katanya.
Pada Rabu, Kabinet meluluskan cadangan untuk mewujudkan khidmat penumpang motosikal seperti perkhidmatan GoJek, namun satu kajian dari aspek perundangan akan dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.
BACA: Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek
BACA: Gojek tak Islamik, tak sopan - Mufti Selangor
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019
Pada Rabu, Kabinet meluluskan cadangan untuk mewujudkan khidmat penumpang motosikal seperti perkhidmatan GoJek, namun satu kajian dari aspek perundangan akan dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan. - Gambar hiasan
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pemandu wanita rempuh kedai stesen minyak
Wanita berusia 33 tahun itu telah masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual berkenaan lalu menghidupkan enjin.
KDN perkenal Pas Sementara Sabah ganti tiga dokumen warga asing
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiga dokumen yang di maksudkan adalah Kad Burung-Burung, Sijil Banci dan IM13.
Grab Malaysia siap sedia untuk khidmat penumpang motosikal
Grab juga mencadangkan agar peraturan PSV membenarkan pembangunan satu set berasingan ciri-ciri keselamatan khas yang ketat mengenai motosikal berkenaan bagi melindungi orang awam.
Jangan sangsi kejujuran kerajaan pusat bantu pusat tahfiz
Setakat ini lebih kurang 100 pusat tahfiz tidak berdaftar digugurkan daripada senarai baik pulih pendawaian elektrik oleh pelajar GiatMARA.