KUALA LUMPUR:Seorang pemandu wanita warga asing secara tidak sengaja merempuh premis kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bandar Baru Bangi dekat sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 2.20 petang, wanita berusia 33 tahun itu telah masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual berkenaan lalu menghidupkan enjin.
"Bagaimanapun, tanpa disedari kenderaan berkenaan masih dalam gear dan bukan free (neutral) menyebabkan ia melonjak ke hadapan dan melanggar cermin kaca kedai lalu merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.
Kedai itu mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan tetapi pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan
Mohd Zaid turut menasihat pemandu agar berhati-hati terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi selain berkata pengusaha stesen minyak juga mungkin perlu memikirkan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan premis kedai dirempuh kenderaan.
--BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Kedai yang dirempuh mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan. - BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van
Rakaman CCTV daerah Ate menunjukkan van penumpang tidak rasmi itu dipandu dalam keadaan laju dan melanggar sebuah teksi yang diparkir.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
SUV pengiring Presiden AS dirempuh kereta di Delaware
Sebuah kereta merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merupakan sebahagian daripada konvoi pengiring Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad malam.
14 cedera dirempuh, diserang lelaki berpakaian serba hitam di Seoul
Kesemua mangsa cedera dikejarkan ke hospital susulan kejadian dengan sebilangan daripada mereka dalam keadaan kritikal.
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.
Mekanik maut rempuh belakang treler
Mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD
Siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut gagal mengelak dan merempuh bahagian sisi Perodua Kancil.
Myvi rempuh pasar raya di Manjung
Pemandu berusia 75 tahun itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
Treler 30 tan muatan besi rempuh sebuah rumah di Kg Felda Sedanyan
Tiada kecederaan dilaporkan dan ujian saringan awal mendapati pemandu treler itu positif dadah jenis methamphetamine.
Pelajar maut dirempuh pacuan empat roda
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.