Golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warga negara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata golongan itu juga tidak harus tercicir hak untuk mendapatkan keadilan.
"Mengenai hak kewarganegaraan, mereka tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja atau dalam isu lain," kata beliau kepada pemberita ketika beliau ketika ditemui di lobi parlimen selepas pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai aktivis LGBT Numan Afifi yang meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kontroversi mengenai identitinya.
Beliau berkata Numan telah meletak jawatan secara sukarela dan ia tidak sepatutnya menjadi isu, melainkan ada bukti bahawa dia dipaksa berbuat demikian.
Bagaimanapun, Mujahid yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf golongan itu.
"Dari segi undang-undang, tidak timbul perkara seperti memberi pengiktirafan, hanya ada hak kewarganegaraan," kata beliau.
Beliau juga berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan program yang positif untuk mendekati golongan itu, dan memulihkan mereka secara afektif dan membawa mereka semula ke pangkuan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata golongan itu juga tidak harus tercicir hak untuk mendapatkan keadilan. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.

Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.

Jumlah golongan homoseksual, transgender meningkat setiap tahun - Jakim
Sebanyak 310,000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013.

LGBT bukan penyakit mental - Boon Chye
Kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) tidak boleh dianggap sebagai golongan yang menghadapi penyakit mental.

Isu LGBT: 'Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya ialah kebebasan haiwan'
Kerajaan Pulau Pinang digesa tidak tunduk dengan desakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Golongan LGBT tidak harus didiskriminasi di tempat kerja - Mujahid
Golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warga negara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi.

Jangkitan HIV: Punca salah guna dadah menurun, homoseksual dan biseksual kini penyumbang utama
Golongan homoseksual dan biseksual kini menjadi kumpulan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara, kata pakar perubatan kesihatan awam.

Kes saman Anwar terhadap Nallakaruppan, Utusan selesai
Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Ketua Pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.

Kenyataan LGBT Timbalan KPN tidak masuk akal - Marina
Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, polis seharusnya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah jenayah dalam negara ini dan tidak memperbesarkan isu yang tidak wujud.

Perhimpunan LGBT Singapura tetap berlangsung di tengah-tengah bantahan
Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT.