Kes saman fitnah RM100 juta difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Tan Sri S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (UMMB) hari ini selesai melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini.
Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Ketua Pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar merekodkan penghakiman persetujuan itu dalam kamarnya dengan dihadiri Anwar, Nallakaruppan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
Turut hadir peguam Latheefa Koya mewakili Anwar, Sarah Abishegam mewakili Nallakaruppan dan Wan Azmir Wan Majid bertindak bagi pihak UMMB dan Abdul Aziz.
Latheefa ketika ditemui pemberita berkata penghakiman persetujuan telah dicapai antara Anwar dengan ketiga-tiga defendan iaitu Nallakaruppan telah menjelaskan kenyataan yang dibuat terhadap Anwar berhubung dakwaan salah laku moral.
"Plaintif (Anwar) berpuas hati dengan penjelasan Nallakaruppan dan menarik balik tuntutan saman tersebut," kata peguam itu yang turut memaklumkan satu kenyataan penyelesaian akan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dalam masa tujuh hari dari hari ini.
Dalam saman yang difailkan pada 26 Mac 2012, Anwar mendakwa Nallakaruppan telah mengeluarkan kenyataan dalam artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla" bertarikh 20 Mac 2012.
Anwar mendakwa perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.
Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017

Anwar (gambar) berpuas hati dengan penjelasan Nallakaruppan dan menarik balik tuntutan saman tersebut, kata peguam Latheefa Koya. Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kes saman Anwar terhadap Nallakaruppan, Utusan selesai
Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Ketua Pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.

Kes saman Anwar terhadap Utusan, TV3 mungkin diselesai secara baik
Kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beberapa organisasi media berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berkemungkinan diselesaikan melalui mediasi.