Polis sedang menyiasat kemungkinan pembabitan kakitangan bank dan vendor Mesin Teler Automatik (ATM) dalam kes penggodaman mesin ATM melibatkan empat buah bank di ibu negara, Melaka, Johor dan Selangor baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Siber dan Multimedia) SAC Mohd Kamarudin Md Din berkata polis menyiasat pelbagai aspek mengenai jenayah bersiri itu, termasuk kemungkinan pembabitan orang dalam bank.
"Bagaimanapun setakat ini polis masih belum mempunyai bukti kukuh menunjukkan penglibatan mereka dan kita sedang meneliti keterangan yang diambil daripada pengadu, pengawal keselamatan, kakitangan bank dan pihak vendor mesin ATM," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya forensik polis juga sedang meneliti kesan cap jari yang terdapat di kesemua mesin ATM itu.
Beliau berkata polis tidak lagi menerima laporan terbaharu mengenai kejadian penggodaman itu dengan kali terakhir hanya dilaporkan semalam di ibu negara melibatkan kerugian kira-kira RM92,900.
Mohd Kamarudin berkata polis juga mengadakan perbincangan dengan pihak bank baru-baru ini bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan mesin ATM.
Sehingga semalam, polis melaporkan 17 mesin ATM membabitkan empat buah syarikat perbankan iaitu di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian lebih RM3 juta dipercayai digodam sindiket dipercayai dari Amerika Latin.
Bagaimanapun, dalam kejadian penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.
Polis mengenal pasti sindiket menggunakan kaedah menyuntik virus malware, 'ulssm.exe' dengan memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin berkenaan.
Kaedah itu digunakan bagi menipu sistem pengkomputeran bank sebelum mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM itu menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan mereka.
Bernama
Wed Oct 01 2014
Polis menyiasat kemungkinan pembabitan kakitangan bank dan vendor ATM. -Gambar fail
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
Mindef sasar salur geran SPKLB kepada 200 usahawan veteran tahun ini
Mindef juga bekerjasama dengan KSM dan kementerian yang lain untuk menyediakan peluang pendapatan baharu selain keusahawanan.
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026
Dengan penghantaran itu, Malaysia akan menjadi negara luar pertama memperoleh peluru berpandu antikereta kebal terbaharu syarikat berkenaan yang digunakan tentera Turki.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.