KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 49, membuat keputusan nekad untuk berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara di ibu negara sejak dua hari lalu.
Tindakan itu diambil dalam usahanya menggesa kerajaan agar membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Noorazlan menerusi akaun TikToknya turut memaparkan khabar perjalanannya yang kini masuk hari ketiga.
"Assalamualaikum sahabat, saya akan bermula berjalan dari Tol Skudai jika diizinkan sampai Istana Negara untuk memperjuangkan KWSP.
"Kami memerlukan sangat-sangat demi kelangsungan hidup," jelasnya dua hari lalu ketika mula berjalan kaki.
Sepanjang perjalanannya, Noorazlan tidak berputus asa untuk terus berjalan kaki meskipun kakinya melecet akibat berjalan terlalu lama.
Malah ada beberapa kawasan, beliau terpaksa berjalan kaki dalam keadaan cuaca hujan semata-mata untuk menyampaikan hasratnya itu kepada kerajaan.
Mengikut carian di internet, perjalanan Noorazlan dijangka berjarak sejauh 344 kilometer untuk tiba Istana Negara.
"Minta maaf ada gangguan... saya baru post berkenaan kaki saya dan insan datang membantu, sekarang saya berada di Pagoh, mohon sahabat-sahabat panjangkan doa untuk saya.
"Kemungkinan selepas ini saya tidak dibenarkan menggunakan laluan lebuh raya atas sebab keselamatan. Jangan fikir negatif ya, atas sebab keselamatan diri saya dan pengguna jalan raya lain.
"Jadi saya akur, selepas Pagoh ini saya akan terus perjuangkan misi saya, tapi saya akan gunakan jalan lama," ujarnya pada Khamis ketika berada di Pagoh.
Terbaharu, difahamkan beliau kini berada di Yong Peng, Johor menghala ke ibu negara menggunakan jalan persekutuan.
Cerita mengenai Noorazlan terus tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan tindakannya itu demi kelangsungan hidup keluarganya.
Jelasnya, bekerja sebagai pemandu teksi hanya cukup untuk menanpung perbelanjaan keperluan, namun beliau masih berdepan hutang.
Malah kos sara hidup yang makin tinggi dan perbelanjaan persekolahan anak-anak menyebabkannya bertekad untuk membuat tindakan terbabit.
Astro AWANI akan membawakan perkembangan terkini mengenai perjalanan Noorazlan.
Fareez Azman
Thu Mar 30 2023
Cerita mengenai Noorazlan (tengah) terus tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan tindakannya itu demi kelangsungan hidup keluarganya. - TikTok / Noorazlan Ismail
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tekad berjalan kaki dari Skudai ke Istana Negara, di mana abang Noorazlan Ismail sekarang?
Niatnya berjalan kaki untuk menggesa kerajaan agar membenarkan pengeluaran khas KWSP untuk insan sepertinya.
Gesa kerajaan benarkan pengeluaran KWSP, lelaki ini tekad jalan kaki lebih 340km ke Istana Negara
Noorazlan menerusi akaun TikToknya turut memaparkan khabar perjalanannya yang kini masuk hari ketiga.