KOTA BELUD: Penerimaan serta kerjasama komuniti terhadap inisiatif Geopark Kinabalu di tiga daerah meliputi Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu adalah kriteria penting yang akan dinilai sebelum menerima status sebagai Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ahli Majlis Kebudayaan Negara Paul Porodong berkata ia antara aspek yang dilihat dalam kawasan geopark iaitu bagaimana sesebuah komuniti mengetengahkan budaya mereka yang akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Beliau yang juga Penasihat Budaya Geopark Kinabalu berkata dalam geopark, selain penilaian terhadap fizikal iaitu batuan, flora dan fauna, aspek budaya juga diambil kira.
"Biobudaya itu perlu dilihat hidup dan aktif serta ada bukti yang menunjukkan komponen budaya itu berhubung dengan biofizikal dan biodiversiti.
"Di sini (Kota Belud) kita dapat lihat masyarakat Bajau dengan kedudukan biofizikal iaitu sawah padi dan pemandangan Gunung Kinabalu dijadikan sebagai produk pelancongan," katanya kepada Bernama pada jelajah penilaian akhir Geopark Kinabalu sebagai tapak Geopark Global UNESCO di sini semalam.
Paul berkata gabungan ketiga-tiga elemen yang saling berhubung kait itu, akan dilihat oleh para penilai secara dekat selain sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat.
Mengambil contoh komuniti yang tinggal di kawasan kaki Gunung Kinabalu seperti di Kampung Kiau, Paul berkata komuniti kampung itu menyesuaikan kehidupan dalam keadaan tanah berbukit dengan aktiviti pertanian.
Dalam pada itu, Paul berkata kepadatan biodiversiti dalam kawasan geopark juga tinggi terutamanya di kawasan utara dan mempunyai satu etnik bagi setiap 40 kilometer persegi berbanding di luar kawasan geopark.
"Kita cuba menjelaskan kepada penilai (daripada UNESCO) mengenai masyarakat di sini, iaitu hubungan aktiviti dan cara hidup masyarakat serta hubungannya dengan persekitaran fizikal dan kepelbagaian biologi khususnya yang berkaitan dengan landskap berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu," katanya.
Beliau turut menjelaskan mengenai kepercayaan masyarakat setempat bahawa Gunung Kinabalu itu tempat pulangnya roh nenek moyang.
Menurutnya Gunung Kinabalu sejak sekian lama dikenali dengan nama 'Aki Nabalu' oleh penduduk setempat, iaitu dalam bahasa Kadazandusun perkataan 'Aki' bermaksud nenek moyang dan 'Nabalu' bermaksud tempat atau gunung, yang keseluruhan maksudnya gunung nenek moyang atau tempat pulangnya roh nenek moyang.
Jelajah penilaian oleh penilai daripada UNESCO itu yang berlangsung selama empat hari, turut melawat beberapa kawasan yang memperlihatkan budaya setempat antaranya Paranauan Inn D' Sangkir di Kota Belud, Walai Tobilung dan Sungai Baliajong di Kota Marudu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Paul berkata, kepercayaan masyarakat setempat ialah, Gunung Kinabalu itu tempat pulangnya roh nenek moyang. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Geopark Kinabalu: Penerimaan komuniti kriteria utama dalam penilaian Geopark Global UNESCO
Dalam geopark, selain penilaian terhadap fizikal iaitu batuan, flora dan fauna, aspek budaya juga diambil kira.