PETALING JAYA: Penyedia penyelesaian tenaga bersih Gentari Sdn Bhd (Gentari) menerusi anak syarikatnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd melebar luas usaha memacu penerapan mobiliti hijau menerusi usahasama dengan Lazada Malaysia untuk memulakan langkah mengelektrifikasi operasi logistiknya.
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan “Vehicle-as-a-Service” (VaaS) yang digerakkan Gentari, dengan pengenalan 25 motosikal elektrik (eBike) untuk penghantaran batu terakhir.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari merangkap Ketua Pengawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar pemilikan kenderaan tertinggi di Asia Timur.
Sektor pengangkutan bertanggungjawab atas pelepasan karbon kedua tertinggi di negara ini, di mana 85 peratus daripadanya disumbangkan oleh pengangkutan darat.
Ketika usaha mobiliti hijau selama ini lebih tertumpu kepada kenderaan empat roda, belum ada kepedulian serius kepada 13 juta kenderaan dua roda di negara ini, di mana 100,000 daripadanya merupakan penunggang ekonomi ‘gig’ dan angkanya dijangka akan terus berkembang kepada 150,000 menjelang 2025.
Dengan pengenalan EV dua roda sebagai sebahagian daripada tawaran VaaS yang disasar untuk menjadi pemudahcara perniagaan beralih kepada EV, ia dapat menjadi langkah mula untuk membantu menurunkan pelepasan karbon daripada sektor kenderaan.
“Hari ini fokus kami untuk menjadikan armada komersial lebih lestari membantu memacu peralihan merentas pelbagai lapisan ekonomi dan masyarakat, terutamanya dalam lingkungan sektor penghantaran batu terakhir yang penting.
“Strategi Gentari selaras dengan matlamat nasional seperti sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga serta mandat pelaporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Bursa Malaysia yang menggalakkan syarikat untuk menerapkan mobiliti hijau.”
Dengan visi menjadi rakan penyelesaian tenaga bersih paling bernilai di Asia Pasifik, Gentari komited untuk memastikan keselamatan, kebolehpercayaan, kemudahan, dan nilai untuk para pelanggannya.
Ketika ini Gentari mempunyai rangkaian stesen pengecasan EV berlesen terbesar di Malaysia, dan menurut Syah Yang Razalli, mereka sedang berusaha untuk menyediakan keterhubungan pengecasan setiap 100 kilometer di seluruh negara, sekali gus menyangga peralihan negara kepada pengangkutan mampan dengan keyakinan yang lebih meluas.
Gentari memiliki lebih 400 titik pengecasan EV termasuk pengecas pantas 120 DC, menjadikan mereka operator pengecas pantas terbesar di seluruh negara.
Dengan keberadaan luas pengecas di 105 lokasi, Gentari menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai dan efisyen, memastikan integrasi lancar EV terhadap operasi harian untuk perniagaan mahu pun individu.
Tawaran VaaS yang digerakkan Gentari telah menyediakan lebih daripada 3,400 kenderaan yang membantu perniagaan di Malaysia dan serantau untuk menyahkarbonkan operasi armada mereka dengan kereta, motosikal dan van berkuasa elektrik sepenuhnya.
Tambah Syah lagi, kerjasama dengan syarikat seperti Lazada Malaysia adalah ibarat serampang dua mata - salah satu cara untuk mempercepatkan perkembangan penggunaan atau peralihan tenaga hijau, tidak hanya menyediakan penyelesaian kenderaan elektrik malah juga dalam bentuk pembinaan infrastruktur bagi membolehkan ekosistem EV berfungsi dengan lebih cekap dan memudahkan.
Ujar Ketua Pegawai Logistik Lazada Malaysia, Venkat Shankar, mereka teruja untuk memulakan kerjasama ini dengan Gentari, yang menggariskan dedikasi mereka kepada prinsip ESG serta mempercepat perjalanan menuju masa depan yang lebih hijau.
“Kolaborasi ini menetapkan satu piawaian alam sekitar yang baharu dalam sektor logistik, tidak hanya dengan menggalakkan kecekapan operasi kami malah juga mengurangkan jejak karbon kami.
“Ia mencerminkan komitmen kami untuk menyokong perjalanan Malaysia menuju kelestarian alam sekitar dan kami berharap untuk dapat bekerjasama dengan Gentari dalam membawa perubahan positif ini, satu penghantaran untuk satu masa.”
Usaha Gentari untuk mempromosi pengelektrifikasian armada komersial juga senada dengan sasaran kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 sepertimana yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional mensasarkan 80 peratus kenderaan dua roda dielektrifikasikan menjelang 2050, disokong insentif cukai sehingga RM2,400 oleh kerajaan.
Berucap pada majlis pelancarannya di X Park Sunway Serena pada Rabu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pihaknya gembira melihat syarikat menyumbang kepada pencapaian sasaran kelestarian di bawah dasar seperti Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
Ujarnya, kolaborasi Gentari-Lazada juga memperlihatkan penumpuan industri untuk mempromosikan mobiliti elektrik dan hijau pada masa sama memudahcarakan peralihan negara ke arah pengangkutan yang mampan.
“Model pajakan armada tersebut, yang juga melengkapi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), dengan cekapnya mendemokrasikan EV untuk dapat diakses segenap lapisan masyarakat, menganjurkan sebuah model pemilikan kenderaan yang inklusif dan lestari serta memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna.
“Ketika Malaysia secara proaktif mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dalam penyelesaian dan inovasi teknologi hijau, semua ini akan secara kolektifnya menjana penerapan ESG secara besar-besaran oleh industri di negara ini supaya dapat kita bergerak menuju sasaran sifar bersih Malaysia.”
Israr Khalid
Sat Jun 01 2024
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mencuba salah satu eBike yang akan dipajakkan kepada Lazada sebagai sebahagian daripada tawaran VaaS oleh Gentari.
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali.
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
Petronas penuhi permintaan tenaga bersih global melalui Gentari
Gentari akan menawarkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih untuk memenuhi keperluan tenaga dan aspirasi karbon rendah Malaysia.