'Geng RRU' cukup terkenal dengan kepantasan dan kecekapan mereka mencuri komponen telekomunikasi.
Sindiket ini bergiat aktif mencuri komponen milik syarikat telekomunikasi di sekitar Kuala Muda, Kulim dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun kegiatan mereka tumpas selepas polis berjaya menahan empat lelaki sejak 19 Ogos lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mior Farid Alatrash Wahid memaklumkan empat lelaki itu ditahan secara berasingan di Kuala Muda, Sungai Petani dan Kulim.
"Hasil siasatan awal mendapati semua tangkapan bergiat aktif dalam jenayah tersebut sepanjang tahun 2018.
"Daripada soal siasat, sebanyak 19 radio remote unit (RRU) milik Digi, Maxis dan U Mobile telah dirampas di Jalan Besar, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan kesemua rampasan adalah positif bagi beberapa kes yang telah dilaporkan di sekitar Pulau Pinang dan juga Kedah," katanya kepada pemberita hari ini.
Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM600,000.
Tambah Mior Farid, pihak polis telah menerima lebih 100 laporan daripada pelbagai syarikat telekomunikasi berhubung kehilangan RRU ini.
Setiap unit dianggarkan bernilai lebih RM30,000. Difahamkan, sindiket ini mendapat keuntungan sebanyak RM2,000 setiap seunit.
Hasil siasatan pihak polis mendapati terdapat syarikat berkaitan komunikasi yang membeli komponen ini di kedai barang lusuh.
Kesemua suspek kini direman di Pulau Pinang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Sep 04 2018
Mior Farid (kanan) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas pada sidang media mengenai tangkapan Op Telco di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini. - BERNAMA
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.
Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret
Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar dihadapkan ke lima Mahkamah Majistret atas pertuduhan pecah masuk kedai runcit dan mencuri kenderaan antara Ogos dan Oktober ini.
Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM
Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya.
Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta.
Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.