PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal dalam serbuan di sebuah premis Dataran Sunway di sini pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 9 malam.
"Sebuah motosikal jenis Modenas Karisma dirampas dan hasil semakan nombor enjin mendapati ia masih dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ku Mashariman berkata, semakan mendapati suspek mempunyai 20 rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan jenayah.
"Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan di rujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Hotline Polis Petaling Jaya di talian 03 - 7966 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 18 2022

Polis turut merampas sebuah motosikal yang masih dilaporkan hilang. - Foto Sinar Harian

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di laluan kecemasan
Kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berusia 30 tahun itu terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar petang ini.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.

Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.