Kesedaran dan kefahaman generasi muda tentang kepentingan berwakaf semakin baik malah medium itu kini menjadi instrumen pilihan golongan tersebut untuk menambah ''saham akhirat''.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Anuar Hamzah Tohar berkata ini kerana sejak penubuhan badan mengurus wakaf itu pada 2011, ia menjadi platform yang diyakini golongan terbabit dalam beramal jariah.
Beliau berkata berbanding tempoh 10 tahun kebelakangan ini, generasi muda yang rata-rata berpelajaran kini dilihat semakin terbuka serta serius dalam mendalami dan memahami ilmu agama menyebabkan faktor tersebut menyumbang kepada perkembangan sektor wakaf.
Beliau berkata hikmah berwakaf kini juga bukan sahaja dihadam generasi berumur 25 tahun ke atas, namun kelebihan amal jariah itu turut menarik minat golongan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) untuk bersama-sama melaksanakannya.
"Misalnya, sebuah IPT swasta di Kajang, mereka menjadi institusi pendidikan pertama mewujudkan tabung wakaf atau ''Wakaf Syiling'' untuk menggalakkan dan melatih penuntut mereka supaya sentiasa beramal jariah.
"Bagi golongan penuntut yang mahu mula mengamalkan wakaf wang, jumlahnya tidak perlu banyak sebab difahami perbelanjaan mereka terhad. Namun, jika mahu juga tambah saham akhirat, RM1 sebulan atau RM5 satu semester sudah cukup memadai," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Jelasnya, tuntutan berwakaf dalam Islam adalah sunat dan jumlah wakaf wang atau cabang wakaf lain juga berdasarkan kepada keikhlasan individu, namun umat Islam harus melihat bahawa manfaatnya kepada pewakaf adalah amat luar biasa.
"Semakin banyak kita berwakaf, semakin banyak rezeki dikurniakan Allah kerana wakaf menyuburkan dan membuka pintu-pintu rezeki lain. Disebabkan itu, banyak dalil menggalakkan umat Islam sentiasa berwakaf," katanya.
Beliau yakin usaha berterusan PWS dengan kerjasama media dapat memberi lebih pendedahan kepada masyarakat tentang kelebihan beramal jariah seterusnya mengukuhkan pembangunan sektor itu pada masa depan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2017
Golongan muda yang berpelajaran semakin berfikiran terbuka serta serius dalam mendalami dan memahami ilmu agama merupakan satu faktor yang menyumbang kepada perkembangan sektor wakaf. - Gambar fail
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.