Komuniti Islam perlu memastikan generasi muda menghayati ajaran sebenar Islam bagi mencegah belia Islam daripada direkrut oleh kumpulan militan, kata Duta Libya ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Profesor Dr Aref Ali Nayed.
Beliau berkata kumpulan militan Daish memanipulasi hati dan minda golongan muda tentang erti sebuah kehidupan sehingga mendorong mereka hidup dalam keadaan tidak puas hati dan marah.
Daish turut mengindoktrinasikan mereka agar percaya bahawa menjadi seorang "pejuang" merupakan jalan pintas untuk ke syurga," katanya dalam ceramah bertajuk "IS (Islamic State), Politik Pasca Kebangkitan Dunia Arab dan Keselamatan Global" di sini pada Khamis malam.
"Akibat tidak puas hati dan marah, pejuang militan percaya bahawa mengebom satu bahagian di dunia ini boleh menjustifikasi apa jua perkara yang berlaku di bahagian dunia yang lain," katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata puak militan itu melancarkan serangan bom di lapangan terbang Brussels pada Selasa bagi menjustifikasi rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang berlaku di tempat lain, dan tindakan ini, tegasnya, adalah sesuatu yang tidak betul.
"Islam tidak mengajar umatnya mengenai rasa tidak puas hati dan membalas dendam, sebaliknya mengenai pengampunan," kata Aref Ali.
Tradisi dan sejarah
Menyentuh komuniti Islam di Malaysia, beliau menyifatkan mereka "sebagai mengagumkan" dan ini disebabkan oleh tradisi serta sejarah negara ini.
"Manusia cenderung melupakan tradisi sendiri dan terlupa menghargai apa yang mereka ada kerana semua itu terlalu biasa bagi mereka," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia beragama Islam memastikan generasi muda mengekalkan ajaran Islam yang diamal sejak turun-temurun oleh generasi tua di negara ini, yang aman serta bebas daripada keganasan.
Aref Ali merupakan pengasas dan pengarah Kalam Research Media (KRM), sebuah pusat pemikir dan latihan khusus untuk penyelidikan, pendidikan, pembangunan kandungan dan pembinaan kapasiti dalam teologi, falsafah dan kebijaksanaan Islam.
Beliau berada di Malaysia bagi menghadiri Bengkel Kalam Epistemologi Kedua anjuran bersama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), KRM dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Beliau juga merupakan profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Malaysia) pada 1997.
Bernama
Fri Mar 25 2016

AREF: Islam tidak mengajar umatnya mengenai rasa tidak puas hati dan membalas dendam.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Generasi muda perlu hayati ajaran sebenar Islam, kata Duta Libya ke UAE
Profesor Dr Aref Ali Nayed berkata, militan Daish memanipulasi hati dan minda golongan muda tentang erti sebuah kehidupan sehingga mendorong mereka hidup dalam keadaan tidak berpuas hati.