KUALA LUMPUR: Generasi muda perlu menghayati perjuangan generasi terdahulu dalam memperjuangkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati ketika ini.
Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata tanpa pengorbanan dan keringat yang diperah oleh generasi terdahulu untuk kemerdekaan negara, tidak mungkin generasi masa kini dapat menikmati kehidupan yang selesa.
"Darah kita sama merah. Warna rambut kita mungkin berbeza, kulit kita mungkin berbeza warnanya. Tetapi hati kita sama, kita adalah rakyat Malaysia. Dan tidak ada apa pun yang boleh mengubah itu daripada kita.
"Biar orang bergaduh, tapi kita mesti ingat apa yang dilakukan oleh bapa-bapa dan emak-emak kita semua. Mereka berjuang bertungkus lumus untuk kalian semua berada di sini dalam keadaan yang begitu aman," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Perpaduan 2022 Sekolah Antarabangsa Methodist Wesley, di sini, hari ini.
Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkata generasi muda sebagai pewaris negara perlulah sentiasa bersatu padu dalam melakukan yang terbaik untuk negara.
"Saya mohon adik-adik semua untuk sentiasa ingat bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan tidak ada sesiapa sekalipun yang boleh mengambil itu daripada kita semua.
"Saya ingin kalian semua tahu, kalian semua adalah generasi negara kita. Kita mesti lakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita mesti bersatu," katanya yang turut memuji pentadbiran pihak sekolah atas inisiatif menganjurkan program bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata tanpa pengorbanan dan keringat yang diperah oleh generasi terdahulu untuk kemerdekaan negara, tidak mungkin generasi masa kini dapat menikmati kehidupan yang selesa. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.

TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.

Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM
Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutama dalam kalangan generasi muda untuk memastikan Malaysia mampu mencapai aspirasi ke arah menjadi sebuah negara MADANI.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.

Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.

FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.