KUALA LUMPUR:Genap setahun negara dilanda badai COVID-19, warga Kementerian Kesihatan (KKM) tetap komited dan bekerja tanpa putus asa dalam memerangi pandemik yang boleh membawa maut itu.
Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, KKM menyatakan kerja tetap diteruskan seperti biasa oleh semua pengurusan tertingginya dan juga barisan hadapan KKM yang berjuang di hospital, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), CAC (Pusat Penilaian COVID-19) dan klinik seluruh negara.
Hantaran itu turut menyatakan Mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC Kebangsaan hari ini secara maya diadakan hari ini melibatkan semua Pengarah Kesihatan Negeri di seluruh negara.
"Fokusnya adalah melihat kepada strategi dalam menangani COVID-19 dan memperkukuhkan 213 COVID-19 Assessment Center, CAC di seluruh negara," menurut hantaran itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan timbalannya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali serta Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood adalah antara yang menghadiri mesyuarat itu.
678 orang telah meninggal dunia
KKM mengimbau kembali kes pertama wabak itu yang dilaporkan di Malaysia membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.
"Mereka yang terlibat dalam tiga kes pertama positif di Malaysia itu adalah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya yang berasal dari Wuhan, China, yang direkodkan sebagai dua kes pertama positif virus itu di Singapura. Mereka kemudiannya dirawat di Hospital Sungai Buloh.
"Hari ini, kes di Malaysia sudah mencapai 183,801 kes keseluruhan, sejumlah 678 orang telah meninggal dunia dan seramai 141,446 (77 peratus) orang telah sembuh daripada virus ini.
Pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh juga mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020, selain beberapa anugerah lain yang diterima KKM dalam menguruskan COVID-19, katanya.
"Doakan agar semua barisan hadapan KKM diberikan kekuatan dalam menghadapi musuh yang tidak nampak ini. Salam takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga akibat virus COVID-19 ini. Semoga Tuhan terus melindungi negara tercinta kita ini," menurut hantaran itu.
Pengakhiran yang tidak diketahui
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebooknya menyatakan kesedihannya kerana sudah setahun Malaysia berdepan pandemik berkenaan.
"Ini menyedihkan saya hari ini, kita telah bertahan selama satu tahun bertempur melawan COVID-19 di negara kita. Pengakhirannya yang tidak diketahui. Namun, walaupun kepenatan mental dan fizikal, kita semua perlu terus bertugas. Semua orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama.
"Tinggal di rumah jika anda tidak mempunyai masalah mendesak di luar. Bersama-sama kita memutuskan rantaian penularan COVID-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama kita terus berjuang," katanya.
Dr Noor Hisham juga menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP), memakai pelitup muka dengan betul, mencuci tangan dan menjaga penjarakan fizikal kerana setiap individu harus memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
KKM menyatakan kerja tetap diteruskan seperti biasa oleh semua pengurusan tertingginya dan juga barisan hadapan KKM yang berjuang di hospital, CPRC, CAC dan klinik seluruh negara. - Gambar fail
Komposer lagu 'Kau Pergi Jua' Othman Mohamed meninggal dunia
Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi lagu Kau Pergi Jua, Allahyarham Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
“Maklumlah sikit kata kami nak melalui Bukit Kayu Hitam” - Dr. Ku
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata kerajaan melancarkan Malaysia-Thailand Self-Drive Tourism di Bukit Kayu Hitam, Kedah. “Setiap inisiatif yang dilakukan di kawasan akan maklumkan secara bertulis” Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
40 juta pakej edutourism telah dijual - Khairul
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata hampir 40juta pakej edu tourism telah dijual kepada pelanggan dan seramai 19,000 pelajar dijangka mengambil peluang pakej untuk tahun 2024 dengan pulangan RM95 juta.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Kementerian Pendidikan sahkan 104 pelajar seberang Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga China bersenjatakan sebilah pisau, dua minggu lepas.
KUSKOP bantu 612,692 PMKS dari Jan hingga September
Ewon memaklumkan sejumlah RM6.45 bilion pembiayaan telah disalurkan kepada 265,325 usahawan menerusi skim pembiayaan PMKS.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan tertinggi
Bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant dijadual akan ke Amerika Syarikat kurang seminggu selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Gencatan senjata di Lubnan harus disegerakan - Josep Borrell
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menyeru agar gencatan senjata segera direalisasikan bagi menamatkan konflik antara Israel dan Hezbollah di Lubnan.
MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak GISB
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses menilai tahap kesihatan mental kanak kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak
KKM memperoleh peruntukan RM100 juta khusus bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih kemudahan di klinik kesihatan, kuarters di Sarawak.
Cadangan kadar elaun 'on call' petugas kesihatan akan dibawa kepada PM
Cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berhubung kadar elaun tugas 'on call' petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada perdana menteri.
[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
Apa yang terjadi dan isu yang semakin meruncing mengenai kebajikan petugas kesihatan akan membuatkan kerajaan kehilangan lebih ramai doktor.
Data responden NHMS 2024 dijamin sulit, tidak akan disalah guna
Data responden bagi proses bancian menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) akan dipelihara dan dijamin selamat.
Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat
Seorang wanita mengalami sesak nafas manakala 13 individu lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah hostel di bangunan premis perniagaan di Bandar Puchong Jaya, Selangor.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Systema, pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan memperkenal teknologi berus gigi baharu.
KKM lulus vaksin Qdenga untuk demam denggi
KKM meluluskan pendaftaran bersyarat kepada produk vaksin denggi iaitu Qdenga untuk digunakan bagi individu berumur empat tahun dan ke atas.