PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan melaksanakan kutipan derma di masjid serta surau di bawah seliaan masing-masing bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata kutipan derma itu akan dibuat pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula esok.
Jakim akan melaksanakan kutipan derma di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, manakala Jawi akan melaksanakan kutipan derma di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"Sumbangan umat Islam ini akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria," katanya.
Mohd Na'im berkata pihak berkuasa agama Islam negeri turut disyorkan mengadakan kutipan derma dan sumbangan umat Islam menerusi masjid di seluruh negara untuk disalurkan kepada program bantuan kemanusiaan bagi kedua-dua negara berkenaan.
"Semoga sumbangan kecil kita semua akan dapat membantu urusan menyelamat dan meringankan beban mangsa bencana di Turkiye dan Syria yang kini sedang dilanda ujian besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Kutipan derma untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria akan dibuat pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula esok. - Fail/REUTERS

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.

2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius.

Gempa bumi Turkiye: Ibu mimpi dua anak masih hidup
Nasib anaknya Munir dan Majid masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Gempa bumi: Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria berlepas malam tadi
Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta NGO itu berlepas pada pukul 10.15 malam dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.

Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Selepas hilang isteri, 2 anak, Bayram nekad selamatkan mangsa lain
Enggan orang lain turut merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang, seorang lelaki berusia 52 tahun nekad menyelamatkan seramai mungkin mangsa.

Gempa bumi Turkiye: Bekas bintang EPL disahkan antara korban
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye.

Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan
Ia adalah lawatan kerja satu hari ke Turkiye yang turut membabitkan kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep dan ground zero.