PUTRAJAYA: Dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 'menjenayahkan kanak-kanak' adalah mengelirukan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kompaun bagi orang belum dewasa yang merokok sememangnya wujud dalam peraturan sedia ada dan tidak boleh didaftar sebagai kesalahan jenayah.
"Dia (perokok belum dewasa) bukannya masuk penjara dan tiada hukuman penjara bagi mereka ataupun dalam RUU baharu ini kepada mereka yang lahir selepas 2007.
"Jadi janganlah kelirukan rakyat menyatakan bahawa kanak-kanak akan dijenayahkan. Itu tidak betul. Sekarang pun kalau ada kanak-kanak beli rokok dan sekiranya dikesan penguat kuasa, dia akan dikompaun RM50 sahaja," katanya pada pemberita selepas merasmikan portal KKMNOW, sebagai mengulas penyerahan memorandum pihak Consumer Choice Centre (CCC) di Parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan RUU tersebut.
Memorandum tersebut menyenaraikan tiga bantahan yang menyifatkan RUU itu mengandungi kuasa penguatkuasaan yang besar, menjenayahkan kanak-kanak dan menyebabkan golongan miskin terjejas.
RUU berkenaan antaranya bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau 'vape' kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) bagi merokok.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Khairy pada 27 Julai lepas tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
Khairy berkata RUU tersebut telah melalui proses perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu yang wakilnya terdiri daripada pelbagai ahli politik dan antara pindaan dibuat adalah untuk memperkemaskan kuasa-kuasa penguatkuasaan supaya jelas bahawa tiada kuasa yang keterlaluan.
Terdahulu, Khairy dalam ucapanya berkata KKMNOW merupakan kesinambungan atau peluasan kepada fungsi portal COVIDNOW, selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan usaha Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan satu platform bersepadu bagi tujuan perkongsian data kesihatan.
Katanya skop KKMNOW yang lebih luas itu merangkumi paparan data berkaitan program kesihatan seperti pendermaan darah dan organ, saringan kesihatan dan data penyakit berjangkit.
KKMNOW dibangunkan dengan kerjasama strategik dengan Jabatan Perangkaan (DOSM) dan ia oleh diakses menerusi https://data.moh.gov.my/.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
![GEG: Jangan kelirukan rakyat, RUU tidak 'menjenayahkan kanak-kanak' - Khairy GEG: Jangan kelirukan rakyat, RUU tidak 'menjenayahkan kanak-kanak' - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664958130_KKMNOW.jpg)
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan portal KKMNOW di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
![GEG: Jangan kelirukan rakyat, RUU tidak 'menjenayahkan kanak-kanak' - Khairy GEG: Jangan kelirukan rakyat, RUU tidak 'menjenayahkan kanak-kanak' - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664958130_KKMNOW.jpg)
GEG: Jangan kelirukan rakyat, RUU tidak 'menjenayahkan kanak-kanak' - Khairy
Dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 'menjenayahkan kanak-kanak' adalah mengelirukan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
![Setiap peruntukan GEG dinilai jawatankuasa bebas, lapor terus ke Parlimen - Khairy Setiap peruntukan GEG dinilai jawatankuasa bebas, lapor terus ke Parlimen - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658737851_KhairyJamaluddinD.jpg)
Setiap peruntukan GEG dinilai jawatankuasa bebas, lapor terus ke Parlimen - Khairy
Jawatankuasa bebas itu akan menyemak dan menilai semua peruntukan di bawah RUU, termasuk kawalan yang melibatkan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
![Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658737851_KhairyJamaluddinD.jpg)
Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan denda standard untuk Generational End Game (GEG) dalam Akta daripada RM5,000 kepada RM500.
![Hari Kanser Paru-Paru Sedunia: Ahli Parlimen diseru sokong RUU kawalan tembakau Hari Kanser Paru-Paru Sedunia: Ahli Parlimen diseru sokong RUU kawalan tembakau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659286523_TBrokok.jpg)
Hari Kanser Paru-Paru Sedunia: Ahli Parlimen diseru sokong RUU kawalan tembakau
Penggunaan tembakau menyumbang kepada hampir 1 dalam 4 kes kanser di sini dan merupakan punca penyusutan signifikan kewangan Perbendaharaan selain kehilangan produktiviti.
![Khairy rayu sokongan Ahli Parlimen, yakin GEG boleh selamatkan dua juta nyawa Khairy rayu sokongan Ahli Parlimen, yakin GEG boleh selamatkan dua juta nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71659160885_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy rayu sokongan Ahli Parlimen, yakin GEG boleh selamatkan dua juta nyawa
Jika GEG tidak dilaksanakan, kos rawatan pesakit akibat aktiviti merokok boleh meningkat kepada RM8.8 bilion menjelang 2030.
![Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653918198_TBkj.jpg)
Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda
Jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
!['Generational Endgame Antirokok-18' dilancarkan 25 April ini 'Generational Endgame Antirokok-18' dilancarkan 25 April ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650704734_GEGARMerokok.jpg)
'Generational Endgame Antirokok-18' dilancarkan 25 April ini
Astro AWANI akan turut membawakan secara langsung majlis pelancaran tersebut.