KUALA LUMPUR: Pada Hari Kanser Paru-paru Sedunia ini, Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (JKPM) menyeru semua Ahli Parlimen yang dihormati, merentasi jurang politik, untuk sebulat suara menyokong larangan tembakau ‘Generational End Game’ (GEG) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mereka yang lahir selepas 1 Januari 2007.
Sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab, kami menggesa para Ahli Parlimen untuk menunjukkan kesungguhan politik yang berani dan kenegarawan yang benar untuk membantu melaksanakan Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau bagi mencipta legasi kesihatan yang benar-benar berkesan dan berkekalan untuk negara kita.
Kanser merupakan penyakit tidak berjangkit dan beban kesihatan utama di Malaysia.
Penggunaan tembakau menyumbang kepada hampir 1 dalam 4 kes kanser di sini dan merupakan punca penyusutan signifikan kewangan Perbendaharaan selain kehilangan produktiviti.
Raja segala penyakit, kanser paru-paru ialah kanser utama dari segi kekerapan berlaku dan kematian.
Merokok kekal sebagai faktor risiko paling kerap dan merokok pasif ialah satu sebab utama peningkatan kes kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.
Unjuran kerugian berjumlah RM 3-5 bilion setahun daripada cukai tembakau adalah lebih kecil daripada perbelanjaan penjagaan kesihatan penyakit akibat tembakau yang dianggarkan mencecah RM7-8 bilion setiap tahun.
Kos rawatan kanser paru-paru akibat merokok sahaja melebihi RM130 juta setahun.
Hujah tidak ikhlas yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat tembakau terbesar di dunia (Big Tobacco) bahawa hasil kerajaan akan berkurangan daripada pengurangan cukai adalah sebenarnya satu ‘false economy’ kerana hasil tersebut akan mengakibatkan kerugian lebih besar akhirnya.
Dalam istilah sebenar, cadangan pengharaman tembakau akan berlaku berperingkat-peringkat selama bertahun-tahun dan hanya memberi kesan kepada generasi akan datang.
Perokok dewasa sedia ada tidak terjejas justeru impak ekonomi terhadap industri tembakau adalah sedikit sahaja pada masa hadapan.
Begitu juga, rasional untuk menarik balik sokongan terhadap Rang Undang-undang Kawalan Tembakau atas premis ia akan memburukkan lagi perdagangan pasaran gelap, adalah pincang.
Kegiatan perdagangan tembakau haram di sini (dianggarkan sebagai salah satu yang tertinggi di dunia) boleh dan mesti ditangani secara serentak.
Dakwaan penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok tiruan yang berleluasa di sini boleh dibendung dengan pemantauan rapi dan kawalan sempadan yang ketat.
Kebimbangan bahawa larangan tembakau GEG ini akan mencetuskan masalah-masalah berkaitan pelanggaran kebebasan peribadi di kemudian hari adalah tidak berasas.
Sebilangan besar perokok ingin berhenti tetapi merasa sukar untuk melakukannya, diperhambakan oleh tabiat yang ganas, toksik dan yang membuatkan mereka ketagih sejak muda.
Para pemuda yang kurang berpendidikan dari latar belakang sosioekonomi rendah sering menjadi mangsa.
Penggunaan tembakau bukan seperti pengambilan makanan manis atau minuman beralkohol justeru perbandingan tersebut tidak relevan.
Selain itu, tidak ada tahap merokok yang selamat dan ia membahayakan alam sekitar dan orang yang tidak bersalah di sekitarnya.
JKPM menggesa semua Ahli Parlimen untuk merebut peluang ini dan memastikan tempat mereka dalam sejarah dengan berani menyokong cadangan larangan tembakau GEG berperingkat ini.
Kerajaan kemudiannya mesti memastikan penguatkuasaan undang-undang yang tegas tetapi adil, konsisten dan berterusan.
Sebagai doktor yang berdedikasi, kami hanya boleh memberi impak dan menyelamatkan satu nyawa pada satu masa namun sebagai penggubal undang-undang yang dihormati, Ahli Parlimen mempunyai detik yang sesuai ini untuk melaksanakan undang-undang pencegahan yang akan membawa perubahan dan memberi manfaat kepada generasi masa depan rakyat Malaysia.
Masa untuk bertindak ialah sekarang.
Astro Awani
Mon Aug 01 2022

Penggunaan tembakau menyumbang kepada hampir 1 dalam 4 kes kanser di sini dan merupakan punca penyusutan signifikan kewangan Perbendaharaan selain kehilangan produktiviti. -Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Hari Kanser Paru-Paru Sedunia: Ahli Parlimen diseru sokong RUU kawalan tembakau
Penggunaan tembakau menyumbang kepada hampir 1 dalam 4 kes kanser di sini dan merupakan punca penyusutan signifikan kewangan Perbendaharaan selain kehilangan produktiviti.