ALOR SETAR: Selepas Semenyih, garisan jalan 'glow in the dark' pertama di Kedah dilaksanakan di Padang Sanai di Padang Terap, dekat sini.
Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, garisan jalan itu adalah sepanjang tiga kilometer (km).
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, buat masa ini, garisan jalan 'glow in the dark' itu adalah pertama di Kedah dan terpanjang di Malaysia.
"Alhamdulillah, siap dipasang di jalan Padang Sanai/ Durian Burung. Terima kasih Pegawai Kewangan Negeri yang meluluskan peruntukan ini.
"Terima kasih Jabatan Kerja Raya Padang Terap/Pokok Sena yang berusaha keras untuk kesejahteraan rakyat," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau memaklumkan, projek garisan jalan yang siap dibina pada Selasa lepas berkenaan memberikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.
"Cahaya matahari dikumpulkan dan apabila waktu malam (maka) akan nampak satu garisan yang terang-benderang melalui kelulusan peruntukan sebanyak RM500,000 oleh Pegawai Kewangan," katanya.
Beliau menambah, Kedah adalah negeri yang mempunyai sumber cahaya matahari tertinggi sekali gus sesuai untuk pelabur mengusahakan ladang solar.
Tambahnya, Kedah juga memiliki kelebihan lain iaitu hanya memerlukan lebih empat jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding negeri lain yang memerlukan enam jam.
Dalam perkembangan sama, JKR Padang Terap/ Pokok Sena dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook mereka memaklumkan jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) kini sedang diuji di Jalan Padan Sanai/Durian Burung (K11), Kedah.
"Lawatan tapak di Jalan Padang Sanai / Durian Burung (K11) bagi meninjau keadaan garisan jalan jenis ‘glow in the dark’ ketika waktu malam," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 02 2023

Garisan jalan 'glow in the dark' pertama yang terletak Padang Sanai, di Kedah. - Foto FB Hj Munir Mohamad Yusoff

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Garisan jalan 'glow in the dark' terpanjang Malaysia di Kedah
Selepas Semenyih, garisan jalan 'glow in the dark' pertama di Kedah dilaksanakan di Padang Sanai di Padang Terap.

Jalan 'glow in the dark' pertama Malaysia di Hulu Langat
Pemanduan lebih selamat dengan bantuan pantulan cahaya pada pembahagi jalan yang dicat menggunakan teknologi 'glow in the dark'.