Kementerian Pendidikan Tinggi sedang bekerjasama dengan Universiti Awam (UA) menyediakan garis panduan berhubung penyalahgunaan gelaran Doktor Falsafah (PhD), kata Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata garis panduan itu termasuk kemungkinan mentakrifkan perbuatan penyalahgunaan gelaran itu sebagai satu jenayah.
"Sebenarnya isu ini (salah guna gelaran PhD) telah lama berlaku... pihak universiti dan kementerian sedang menggabungkan semua pandangan sebelum satu garis panduan dikeluarkan bagi menangani dan mengendalikan kes seperti itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dan penyampaian watikah pelantikan kepada 20 exco baharu MPN untuk tempoh dua tahun, di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi MPN Prof Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid, Timbalan Pengerusi MPN Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.
Idris berkata penipuan PhD merupakan satu kes umum yang boleh berlaku melibatkan mana-mana universiti dan atas sebab itu pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan bagi mendapat pandangan menyeluruh sebelum garis panduan berkenaan dapat dikeluarkan.
Ditanya sama ada kes seumpama itu satu perlakuan jenayah, beliau berkata: "Kita akan tengok bagaimana cara untuk takrifkan perkara tersebut."
Dalam perkembangan lain, Idris merakamkan penghargaan kepada MPN atas peranannya menyumbang pandangan kepada kerajaan dalam aspek penggubalan dasar ke arah memastikan negara terus membangun dari aspek ekonomi serta sosiobudaya.
Beliau berkata kejayaan MPN menggabungkan dan memobilisasi 2,600 profesor di bawah satu bumbung untuk bekerjasama memainkan peranan sebagai pemikir negara jelas merupakan satu keuntungan buat rakyat kerana perkara itu sukar dilihat berlaku di negara-negara lain, kecuali Malaysia. - Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016
![Garis panduan penyalahgunaan gelaran PhD sedang dirangka - Idris Garis panduan penyalahgunaan gelaran PhD sedang dirangka - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450881450_IDRISJUSOH.jpg)
IDRIS: pihak universiti dan kementerian sedang menggabungkan semua pandangan sebelum satu garis panduan dikeluarkan bagi menangani dan mengendalikan kes seperti itu. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor' 10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700470141_TBsuamiisteridok.jpg)
10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'
Mohd Akhmarudi dan Musliza dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
![Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636117059_TBSAIFUDDIN.jpg)
Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi
Buat masa ini kumpulan pertama terdiri 16 pegawai Kementerian Luar sedang mengikuti Program Pensarjanaan Diplomat.
![Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629984686_DatukMohdAzizulhas.jpg)
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
![31,503 pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan dibenar mulakan aktiviti akademik 31,503 pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan dibenar mulakan aktiviti akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589697600_DatukSeriIsmailSa.jpg)
31,503 pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan dibenar mulakan aktiviti akademik
Kerajaan setuju benarkan pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan seperti pengajian Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (Phd) untuk memulakan aktiviti akademik dengan segera.
![Pelajar antarabangsa UMK pilih tidak pulang, manfaat waktu PKP Pelajar antarabangsa UMK pilih tidak pulang, manfaat waktu PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587445232_PelajarUMK.jpg)
Pelajar antarabangsa UMK pilih tidak pulang, manfaat waktu PKP
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bukan halangan untuk pelajar-pelajar ini meneruskan kehidupan dan menyiapkan tugasan universiti.
![UPSI perkenal program bantu pelajar sarjana dan PHD tamatkan pengajian UPSI perkenal program bantu pelajar sarjana dan PHD tamatkan pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531755970_MohammadShatar.jpg)
UPSI perkenal program bantu pelajar sarjana dan PHD tamatkan pengajian
Program tersebut merupakan pembelajaran sokongan yang dijalankan melalui latihan secara berstruktur.
![Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522992063_BoyIman.jpg)
Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan
UM membuat kenyataan bahawa tiada pendaftaran atas nama Noruliman Rahman atau dikenali sebagai 'Boy Iman' sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Secara Penyelidikan)
![Doa hampir putus apabila Papa ... - Perkongsian Norzizi dapat PhD buat netizen sebak Doa hampir putus apabila Papa ... - Perkongsian Norzizi dapat PhD buat netizen sebak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51514973608_zizi-phd-header.jpg)
"Doa hampir putus apabila Papa ..." - Perkongsian Norzizi dapat PhD buat netizen sebak
Tahniah Norzizi Zulkifli sudah bergelar Doktor Falsafah. Namun, ada kisah menarik di sebalik kejayaannya.
![Garis panduan penyalahgunaan gelaran PhD sedang dirangka - Idris Garis panduan penyalahgunaan gelaran PhD sedang dirangka - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450881450_IDRISJUSOH.jpg)
Garis panduan penyalahgunaan gelaran PhD sedang dirangka - Idris
Garis panduan itu termasuk kemungkinan mentakrifkan perbuatan penyalahgunaan gelaran itu sebagai satu jenayah.
![M.Nasir terima ijazah kehormat Doktor Falsafah dari UUM M.Nasir terima ijazah kehormat Doktor Falsafah dari UUM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407337638_295x200.jpg)
M.Nasir terima ijazah kehormat Doktor Falsafah dari UUM
M.Nasir menerima ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif.