PUTRAJAYA: Pegawai Kementerian Luar digalak untuk terus meningkatkan kepakaran dan pengetahuan melalui program pengajian di peringkat lebih tinggi, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Katanya, buat masa ini kumpulan pertama terdiri 16 pegawai Kementerian Luar sedang mengikuti Program Pensarjanaan Diplomat yang bertujuan meningkatkan kepakaran mereka.
Beliau berkata para pegawai kementerian itu sentiasa digalakkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), sama ada di dalam atau luar negara, dalam pelbagai bidang khususnya yang berkaitan dengan kementerian.
Selain itu, katanya mereka juga digalakkan untuk mengikuti kursus pendek di universiti ternama atau program immersion.
"Kita kalau boleh mahu seramai mungkin tetapi ini bergantung kepada dana dan untuk pegawai-pegawai kerajaan biasanya (dana) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kita sangat berterima kasih permohonan kita untuk program ini dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 dan Jasamu Dikenang di Wisma Putra, di sini, Jumaat.
Seramai 113 pegawai dan kakitangan kementerian daripada pelbagai gred dan skim perkhidmatan telah menerima APC masing-masing manakala 31 lagi petugas bersara wajib di antara Nov 2020 hingga Sept 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021
![Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636117059_TBSAIFUDDIN.jpg)
Saifuddin berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 & Jasamu Dikenang Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, 5 Nov, 2021. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636117059_TBSAIFUDDIN.jpg)
Pegawai Kementerian Luar digalak ikuti pengajian di peringkat lebih tinggi
Buat masa ini kumpulan pertama terdiri 16 pegawai Kementerian Luar sedang mengikuti Program Pensarjanaan Diplomat.