Satu garis panduan berkaitan pelaksanaan hukuman rotan perlu diwujudkan di sekolah-sekolah tahfiz di negara ini, kata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan.
Beliau berkata garis panduan berhubung perkara itu ketika ini hanya melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, dan tidak melibatkan sekolah-sekolah tahfiz yang di bawah seliaan Jabatan Agama.
"Saya difahamkan terdapat amalan merotan pelajar di sekolah tahfiz, tapi sebaiknya, ia perlu dilaksanakan dengan cara yang elok, bukannya mendatangkan kecederaan dan maut," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Beliau mengulas mengenai kes pelajar sekolah tahfiz di Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia petang tadi akibat kecederaan teruk setelah didakwa dipukul pembantu warden di sekolah itu.
Pada masa sama, Mohamad berkata pihak berkuasa juga perlu mengkaji semula kaedah pembelajaran di sekolah-sekolah tahfiz untuk melihat kerelevanan merotan pelajar dan menggantikannya dengan cara yang lebih wajar dalam mendisiplinkan pelajar.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula menyarankan pihak sekolah menyemak prosedur pengambilan kakitangan dengan memperketatkan syarat serta menyelidik latar belakang pemohon terlebih dahulu bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.
"Tidak salah menghukum pelajar tetapi jangan sampai memudaratkan mereka sehingga mengundang maut. Kenapa perkara seumpama ini berlaku?. Pihak sekolah juga perlu pantau tingkah laku kakitangan terutama warden asrama dan guru," katanya.
Menurut beliau, keadaan semakin membimbangkan sekiranya perkara seumpama ini berulang sehingga boleh menyebabkan ibu bapa hilang kepercayaan terhadap institusi sekolah aliran agama.
Beliau juga mahu ibu bapa mengambil berat hal ehwal anak-anak dan memandang serius sekiranya anak-anak mengadu mengenai sebarang situasi tidak menyenangkan yang berlaku ketika mereka berada di asrama sekolah terbabit.
"Jangan ambil sikap tidak peduli jika anak-anak mengadu walaupun bagi kita perkara itu remeh. Bagi saya, anak-anak tidak akan mengadu sekiranya perkara tersebut tidak mengganggu pembelajaran mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017
Garis panduan berhubung perkara itu ketika ini hanya melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan. -Gambar fail
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Maszlee gesa universiti awam dibuka kepada umum
Naib-naib canselor juga dikehendaki tidak menghalang sebarang bentuk program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa.
Garis panduan merotan perlu di sekolah tahfiz - PIBGN
Garis panduan berhubung perkara itu ketika ini hanya melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.