KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan meneliti secara terperinci berhubung isu gangguan seksual yang dikatakan dialami bekas perenang negara Cindy Ong ketika bergelar atlet negara.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata beliau sudah pun menghubungi Cindy dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersamanya dalam masa terdekat bagi melihat dengan lebih mendalam mengenai perkara itu.
"Sehingga perbincangan tersebut diadakan, pengurusan MSN berharap agar kita termasuk Cindy diberikan sedikit ruang bagi kita meneliti pendekatan terbaik menangani isu tersebut," katanya dalam kenyataan dikeluarkan MSN hari ini.
Sebuah portal berita pada Selasa lepas melaporkan pendedahan Cindy dan seorang lagi bekas perenang yang mendakwa mengalami gangguan dan serangan seksual selama bertahun-tahun ketika bergelar perenang negara.
Perkara itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican lantas mengarahkan pegawainya dan MSN untuk menghubungi dan membantu bekas perenang negara tersebut.
Pada masa sama, dalam kenyataan itu pengurusan MSN menegaskan bahawa setiap individu yang telah dan sedang terlibat dalam program latihan persediaan atlet di bawah MSN mempunyai pelbagai saluran untuk mengemukakan sebarang aduan berkaitan salah laku atau gangguan dalam sukan.
Antara platform diwujudkan di bawah MSN adalah Jawatankuasa Perwakilan Atlet yang bermula pada 2016 yang diwakili seorang wakil atlet atau ketua pasukan daripada setiap sukan bagi mengetengahkan apa-apa perkara dan isu mahupun permasalahan.
"Sama ada dari segi kebajikan, perkhidmatan sokongan dan latihan sukan masing-masing supaya program latihan mereka berjalan lancar," kata Ahmad Shapawi.
Sementara itu, beliau berkata Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan telah menubuhkan Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet Malaysia (MACE)-MSN.
Katanya talian careline bagi sebarang aduan yang boleh dikemukakan oleh atlet/jurulatih/pegawai sukan di bawah program MSN turut diwujudkan pengurusan MSN dan sebarang aduan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada mace@nsc.gov.my atau melalui no telefon, 03 - 8992 9778 / 8992 9809.
Ahmad Shapawi berkata Suruhanjaya Atlet yang berada di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga boleh dijadikan satu daripada platform alternatif bagi atlet untuk menyuarakan sebarang permasalahan untuk diketengahkan kepada pihak berwajib.
Dalam pada itu, beliau berkata pengurusan MSN telah memperhebatkan kempen kesedaran kepada atlet dan jurulatih berkaitan gangguan seksual dalam kalangan atlet atau pegawai sukan.
Beliau berkata atlet juga boleh melaporkan sebarang ketidakselesaan mereka melalui jurulatih dan pegawai sukan daripada persatuan sukan kebangsaan atau Institut Sukan Negara bagi membincangkan sebarang permasalahan berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Program (JKP) yang dilaksana secara berkala dari semasa ke semasa.
"Pengurusan MSN berharap keluarga terdekat atlet juga boleh memainkan peranan sekiranya atlet ada merasakan ketidakselesaan atau keselamatan mereka terancam. Mereka disaran melaporkan segera kepada pihak berkuasa melalui saluran undang-undang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
![Gangguan seksual: MSN akan bersemuka dengan Cindy Gangguan seksual: MSN akan bersemuka dengan Cindy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622294647_CindyOng.jpg)
MSN akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Cindy dalam masa terdekat. - Gambar/ IG @cindy_ong_swimmer
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720755283_PemaklumanAwamAwa.jpg)
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
![PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719441154_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan
Fahmi memandang serius insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita yang sedang bertugas bagi liputan kempen PRK DUN Sungai Bakap.
![PRK Sg Bakap: Polis sahkan tahan lelaki didakwa lakukan gangguan seksual ketika kempen PRK Sg Bakap: Polis sahkan tahan lelaki didakwa lakukan gangguan seksual ketika kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
PRK Sg Bakap: Polis sahkan tahan lelaki didakwa lakukan gangguan seksual ketika kempen
Suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), hari ini.
![PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional mengikut lunas undang- undang sedia ada.
![Tukang cuci warga Indonesia ditahan rakam wanita dalam tandas Tukang cuci warga Indonesia ditahan rakam wanita dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717488389_HandcuffGari.jpg)
Tukang cuci warga Indonesia ditahan rakam wanita dalam tandas
Polis menahan seorang tukang cuci tandas warga Indonesia yang disyaki merakam seorang wanita dalam tandas kedai menjual biskut, di Lorong Hang Jebat, di sini, pada Ahad lalu.
![Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717066353_TBgavel.jpg)
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
![Qawiy nafi terlibat gangguan seksual Qawiy nafi terlibat gangguan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716793203_AbdulQawiy.jpg)
Qawiy nafi terlibat gangguan seksual
Qawiy Aro menafikan penglibatannya dalam jenayah gangguan seksual seperti dakwaan yang tular di media sosial.
![Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716549971_EbitLew.jpg)
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
![Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664243303_EbitLew.jpg)
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
![Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716270842_ebitlew.jpg)
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.