MICROSOFT mengesahkan gangguan IT global yang dialami oleh beberapa perkhidmatan termasuk perbankan dan penerbangan di beberapa buah negara sudah dibaiki. 

Menurut Microsoft, terdapat beberapa isu yang masih lagi dalam pemerhatian syarikat berkenaan termasuk aplikasi dan perkhidmatan Office 365, lapor agensi Reuters. 

Sebelum ini, Ketua Operasi Eksekutif firma CrowdStrike pada Jumaat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CrowdStrike, George Kurtz berkata satu langkah penyelesaian sudah diaktifkan bagi menangani gangguan IT global yang sedang melanda dunia ketika ini.

Kurtz berkata, pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.