KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CrowdStrike Inc, George Kurtz mengesahkan bahawa isu teknologi maklumat (IT) global semasa yang menjejaskan banyak syarikat penerbangan, perniagaan dan organisasi bukanlah insiden keselamatan atau serangan siber.
Beliau melalui LinkedIn berkata, syarikat itu sedang giat bekerja dengan pelanggan yang terjejas oleh kecacatan yang ditemui dalam kemas kini kandungan tunggal untuk hos Windows tetapi hos Mac dan Linux tidak terjejas.
"Ini bukan insiden keselamatan atau serangan siber. Isu ini telah dikenal pasti, diasingkan dan pembetulan telah dijalankan.
"Kami merujuk pelanggan ke portal sokongan bagi mendapatkan perkembangan terkini selain akan terus menyediakan kemas kini yang lengkap serta berterusan di tapak web kami," kata Kurtz.
Beliau juga berkata CrowdStrike mengesyorkan agar organisasi berkomunikasi dengan wakil CrowdStrike melalui saluran rasmi.
"Pasukan kami digerakkan sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kestabilan pelanggan CrowdStrike," tambahnya.
Terdahulu, gangguan IT global menjejaskan beberapa lapangan terbang antarabangsa termasuk operasi syarikat penerbangan di seluruh dunia dengan sesetengahnya menghadapi penutupan sementara, penangguhan penerbangan serta gangguan kepada kebanyakan sistem daftar masuk dan tempahan syarikat penerbangan.
Selain itu, gangguan itu turut menjejaskan operasi di syarikat rel, syarikat media dan perbankan.
Di tempat lain, bank-bank India, lapangan terbang dan pasaran saham turut dilanda gangguan teknologi maklumat global pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
George Kurtz berkata, CrowdStrike mengesyorkan agar organisasi berkomunikasi dengan wakil CrowdStrike melalui saluran rasmi. - CrowdStrike.com
Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang
Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.
Piala FA: Jaringan saat akhir Morales tewaskan Kedah
Jaringan pemain gantian Romel Morales pada saat akhir memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan tipis selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-1.
Bacaan qunut nazilah tidak harus melencong daripada tujuan asal
Bacaan qunut nazilah tidak seharusnya melencong daripada tujuan asalnya, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Raja Bahrain tiba di Malaysia
Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa tiba di sini, hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara pada Sabtu.
Dua kapal tangki terbakar di luar pantai Singapura
Pihak berkuasa Singapura, hari ini memaklumkan dua kapal tangki minyak terbakar di luar pantainya dan dua anak kapal dihantar ke hospital.
Britain sambung pembiayaan kepada UNRWA
Kerajaan Buruh Britain memaklumkan mereka akan menyambung semula pembiayaan kepada agensi pelarian Palestin PBB, UNRWA pada Jumaat.
Isteri PM Sepanyol enggan jadi saksi
Begona Gomez - isteri kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengunci mulut setiap kali ditanya berkenaan kes rasuah termasuk soalan yang berkait dengan pengaruh suaminya oleh hakim di mahkamah Madrid. Soalan itu diajukan sebagai sebahagian dari proses siasatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar pemimpin itu ingin melepaskan jawatan berkenaan pada April lalu.
Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.
Semua pelajar Malaysia di Dhaka selamat
Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh kini selamat setakat jam 4 petang Jumaat menurut laporan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Raja dan rakyat berpisah tiada
Beberapa rakyat Johor melahirkan rasa keterujaan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Sabtu.
CrowdStrike: Gangguan IT global bukan serangan siber tetapi kecacatan hos Windows
George Kurtz berkata, CrowdStrike mengesyorkan agar organisasi berkomunikasi dengan wakil CrowdStrike melalui saluran rasmi.
Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.