Fri Jul 19 2024
AWANI Ringkas: Kerajaan Britain sambung semula pembiayaan kepada UNWRA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Raja Bahrain tiba di Malaysia
Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa tiba di sini, hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara pada Sabtu.
Dua kapal tangki terbakar di luar pantai Singapura
Pihak berkuasa Singapura, hari ini memaklumkan dua kapal tangki minyak terbakar di luar pantainya dan dua anak kapal dihantar ke hospital.
Britain sambung pembiayaan kepada UNRWA
Kerajaan Buruh Britain memaklumkan mereka akan menyambung semula pembiayaan kepada agensi pelarian Palestin PBB, UNRWA pada Jumaat.
Isteri PM Sepanyol enggan jadi saksi
Begona Gomez - isteri kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengunci mulut setiap kali ditanya berkenaan kes rasuah termasuk soalan yang berkait dengan pengaruh suaminya oleh hakim di mahkamah Madrid. Soalan itu diajukan sebagai sebahagian dari proses siasatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar pemimpin itu ingin melepaskan jawatan berkenaan pada April lalu.
Semua pelajar Malaysia di Dhaka selamat
Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh kini selamat setakat jam 4 petang Jumaat menurut laporan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Raja dan rakyat berpisah tiada
Beberapa rakyat Johor melahirkan rasa keterujaan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Sabtu.
Segmentasi pelancong berkualiti, berpendapatan tinggi
Dalam masa sama, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sasaran pelancong untuk VM2026 kekal 35.6 juta orang.
Tindakan gantung Ahli Parlimen Machang tidak wajar - KJ
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Speaker menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Keadaan terkawal di Terminal 2, tiada lagi sesak teruk
Wartawan Astro AWANI membawakan perkembangan terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 susulan gangguan IT global sejak petang Jumaat.
Organisasi perlu ada sistem sandaran
Dalam masa sama Ruben menasihati semua organisasi dalam industri untuk mempunyai sistem sandaran bagi mengelakkan insiden gangguan teknikal.
Gubal polisi supaya orang ramai lebih cakna
Kerajaan memainkan peranan penting untuk mengubal semula polisi berkaitan keselamatan siber supaya orang ramai ambil cakna tentang penggunaan siber.
Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun
Polis menahan empat remaja lelaki di beberapa lokasi berbeza sekitar Teluk Intan, semalam selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.
Kementerian Digital pantau rapat situasi gangguan IT
Menteri Digital, Gobind Singh Deo memaklumkan pihaknya sedang memantau situasi gangguan IT yang dialami oleh beberapa perkhidmatan perbankan dan penerbangan khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
[TERKINI] Israel didapati melanggar undang-undang antarabangsa – ICJ
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berpendapat bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan perlu dihentikan secepat mungkin.
Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuy (PBB) berpendapat, rejim zionis itu didapati melanggar undang-undang antarabangsa berdasarkan perenggan ke-6 artikel 49 Konvensyen Geneva ke-4.
Mahkamah itu juga berkata Israel mesti membayar ganti rugi kerosakan yang disebabkan oleh pendudukannya di wilayah tersebut.
Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuy (PBB) berpendapat, rejim zionis itu didapati melanggar undang-undang antarabangsa berdasarkan perenggan ke-6 artikel 49 Konvensyen Geneva ke-4.
Mahkamah itu juga berkata Israel mesti membayar ganti rugi kerosakan yang disebabkan oleh pendudukannya di wilayah tersebut.
Tumpuan Sabtu – 20 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.