SEPANG: Urusan di kaunter daftar masuk dan premis perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas seketika akibat gangguan bekalan elektrik tengah hari tadi.
Seorang kakitangan penerbangan yang bertugas di kaunter daftar masuk di tingkat lima KLIA berkata urusan menimbang bagasi tidak dapat dilakukan ketika gangguan elektrik berlaku.
"Terjejas juga tetapi disebabkan tidak ramai penumpang ketika itu, situasi agak okey. Hanya lampu sahaja berfungsi di kaunter," katanya kepada Bernama ketika tinjauan di KLIA di sini hari ini.
Menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB) gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari dan antara kawasan yang terlibat ialah Petaling Jaya, Cheras, Bangi (Lembah Klang); Bayan Lepas dan Seberang Jaya (Pulau Pinang); Panchor, Johor dan Bandar Indera Mahkota, Pahang.
KLIA turut dilaporkan bergelap sebelum bekalan elektrik pulih secara beransur-ansur mengikut lokasi di lapangan terbang itu kira-kira lima minit kemudian.
Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd turut memuat naik dalam laman sosial memaklumkan terminal utama KLIA mengalami gangguan bekalan elektrik dan pihak kejuruteraan syarikat itu sedang berhubung dengan pihak Tenaga Nasional Bhd, dan disusuli dengan kenyataan bahawa bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya di KLIA.
Gangguan bekalan elektrik itu bagaimanapun tidak menyebabkan KLIA "gelap-gelita sepenuhnya" kerana difahamkan masih terdapat lampu kecemasan yang berfungsi ketika bekalan elektrik terputus manakala komputer di sesetengah kaunter beroperasi secara normal kerana terdapat sistem sandaran.
Seorang anggota penguat kuasa yang bertugas di kawasan pelepasan antarabangsa di KLIA berkata urusan masuk penumpang yang mahu turun ke Balai Imigresen tidak terjejas ketika bekalan elektrik putus.
"Hanya lif dan eskalator sahaja tidak berfungsi manakala sistem PRS (Sistem Penyelarasan Penumpang) yang mengimbas pas masuk penumpang berfungsi seperti biasa," katanya.
Kakitangan Dunkin' Donuts yang hanya mahu dikenali sebagai Ameera pula berkata kedai makan itu berdepan masalah tidak boleh menyediakan kopi menggunakan mesin untuk pelanggan ketika gangguan elektrik berlaku.
"Pelanggan sudah ramai dan berbaris untuk membeli kopi namun kami tidak memprosesnya. Ada pelanggan yang bayar jumlah tepat harga makanan sebab mesin daftar tunai tidak berfungsi juga," katanya.
Penyelia TGM Japanese Korean Cuisine Zariq Ruslan berkata restoran itu tidak dapat mengambil pesanan pelanggan kerana ia menggunakan mesin dan komputer ketika ketiadaan elektrik hampir sejam.
"Kami kehilangan lebih daripada lima pelanggan semasa bekalan elektrik tiada," katanya.
Seorang kakitangan Airport Limo yang tidak mahu dikenali berkata kios yang terletak di tingkat dua tidak berdepan dengan apa-apa masalah dan komputer berfungsi secara biasa, kecuali mereka berdepan dengan situasi ketiadaan lampu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

KLIA turut dilaporkan bergelap sebelum bekalan elektrik pulih secara beransur-ansur mengikut lokasi di lapangan terbang itu kira-kira lima minit kemudian. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Seluruh Sri Lanka alami gangguan bekalan elektrik
Pihak berkuasa Sri Lanka sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik susulan gangguan menyeluruh yang berlaku pada Ahad.

LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.

Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.

CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama satu jam
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.

Ribuan penduduk Australia Selatan alami gangguan bekalan elektrik akibat ribut petir
Setakat jam 6 pagi, lebih 10,000 rumah dan perniagaan masih mengalami gangguan bekalan elektrik, kebanyakannya di Adelaide.

Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu alami gangguan bekalan elektrik
Beberapa kawasan di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu sedang mengalami gangguan bekalan elektrik.

Kampung, taman perumahan di Labuan terputus bekalan air akibat gangguan elektrik
Lebih 20 kampung dan beberapa kawasan taman perumahan di Labuan terjejas teruk akibat terputus bekalan air sejak Isnin lepas setelah pam air utama rosak susulan gangguan bekalan elektrik.

CAAM sahkan gangguan elektrik di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur
CAAM mengesahkan bahawa gangguan bekalan elektrik telah berlaku di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang.

Siklon Gabrielle landa New Zealand, 15,000 pengguna terputus bekalan elektrik
Gangguan bekalan elektrik dijangka berterusan sehingga Isnin, berikutan keadaan cuaca bertambah buruk.

Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Gangguan bekalan di negara itu disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa.