KOTA BHARU: Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan gangguan bekalan air yang berlaku di Paloh 3, Gua Musang dan kawasan sekitar berpunca akibat gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air (LRA) Paloh, Gua Musang.
AKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna telah terlibat di kawasan terbabit.
Menurut AKSB LRA Paloh 3 yang membekalkan air bersih sebanyak 4 Juta Liter Sehari (JLH) itu dikesan mengalami gangguan bekalan elektrik selama hampir 18 jam bermula 6 hingga 8 April lalu.
Berikutan masalah itu, AKSB mengambil langkah penyelesaian jangka pendek iaitu menempatkan tangki statik di kawasan bermasalah jika masih berlaku ketiadaan air berterusan.
"Bagi perancangan jangka panjang pula pengoperasian loji akan dipanjangjkan serta menyediakan sebuah generator khusus untuk musim perayaan," menurut AKSB.
Dalam kenyataan sama, AKSB turut memaklumkan gangguan bekalan air yang berlaku di Gunong, Bachok khususnya Taman Putri Saadong dan kawasan sekitar adalah bersifat berkala selain permintaan bekalan air terlalu tinggi pada musim perayaan di seluruh Kelantan.
"Masalah itu berpunca daripada bekalan air yang diterima LRA Chicha telah menyusut berikutan penerobosan air masin di Sungai Pengkalan Datu, Pasir Tumbuh sehingga menyebabkan melebihi kadar yang dibenarkan iaitu melebihi 250 ppm.
"Ia menyebabkan pengambilan air mentah melalui telaga jejari Pasir Tumbuh yang membekalkan air mentah ke LRA Chicha terpaksa dikurangkan kepada 10 JLH berbanding pengeluaran asal 15 JLH," menurut kenyataan itu.
AKSB memaklumkan kini masing-masing sebuah tangki statik sedang ditempatkan di empat kawasan terjejas iaitu di Pasar Gunong, Taman Puteri Saadong, Taman Hamidah dan Kampung Telaga Ara.
"Untuk penyelesaian jangka panjang pula, kawasan liputan berkenaan akan diambil alih oleh LRA Telok selain meningkatkan tekanan air menerusi LRA Jelawat," menurut kenyataan itu.
Berikutan itu, pengeluaran air semasa di semua LRA negeri Kelantan adalah 526 JLH dan unjuran permintaan bekalan air semasa musim perayaan meningkat kepada 622 JLH manakala waktu puncak penggunaan air yang tinggi berlaku pada 8 sehingga 13 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024

Gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB
Gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna.

Pengurus syarikat perunding direman bantu siasatan kes rasuah AKSB
Seorang pengarah sebuah syarikat perunding direman tiga hari bermula hari ini hingga Rabu, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berkaitan syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).