KOTA BHARU: Seorang pengarah sebuah syarikat perunding direman tiga hari bermula hari ini hingga Rabu, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berkaitan syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).
Perintah reman ke atas lelaki berusia 55 tahun itu, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Nor Faezah Abdullah, di Mahkamah Majistret 4 Kota Bharu, hari ini.
Menurut sumber, syarikat milik lelaki tersebut mendapat kerja-kerja projek bekalan air daripada AKSB.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya ringkas ketika dihubungi, di sini hari ini.
BACA: Tiga termasuk bekas pengurus besar AKSB ditahan bantu siasatan rasuah
Media sebelum ini melaporkan, tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB direman tiga hari bermula Jumaat lalu, bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021

Sebelum ini, tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB direman tiga hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.

Lebih 48,000 pengguna di Pasir Mas, Tumpat alami gangguan bekalan air
Seramai 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.

AKSB jamin bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sebelum Aidilfitri
AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.

Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

AKSB akan selesai masalah paip bocor menerusi pelarasan tarif air baharu
Dengan pelarasan tarif air baharu ini, kerja-kerja pembaikan paip bocor akan dapat dipercepatkan.

Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.

AKSB bukan tutup kaunter, tapi kakitangan ke tandas - Mohd Amar
Mohd Amar Abdullah menafikan kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula.

Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.

RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.