KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah menafikan kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula.
Beliau berkata, kakitangan syarikat itu sebenarnya sudah ada namun dia ke tandas sebentar sebelum kembali semula untuk bertugas pada jam 9.30 pagi.
"Pada Ahad tular kata kaunter AKSB kosong. Saya baca dan terkejut juga, tetapi saya rujuk kepada pihak berkenaan... rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas.
"Secara kebetulan pelanggan itu datang pada jam 9.13 pagi, jadi (kaunter) kosong. Silapnya kakitangan berkenaan tidak meletakkan notis atas kaunter," katanya pada minit ke-24 menerusi program diskusi Kelantan maju 2028 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook, malam Ahad.
Menurutnya, pada masa yang sama, pengguna yang datang itu turut membuat tohmahan mengatakan kakitangan tidak bekerja.
Ujarnya, situasi itu menyebabkan panggilan tidak dijawab serta sebagainya dan akhirnya perkara tersebut telah tular.
Sebelum itu pemilik pengguna Facebook Hanif M Noor memuat naik hantaran berhubung kekecewaannya ketika mahu berurusan dengan AKSB.
Katanya, dia menghubungi AKSB tetapi tidak mendapat respons daripada kakitangan syarikat operator bekalan air tersebut.
Hantaran itu kemudian tular dengan perkongsian hampir 3,000 kali oleh pengguna Facebook lain serta pelbagai kritikan terhadap AKSB dan kerajaan negeri Kelantan.
Mohd Amar berkata, masalahnya sekarang adalah sikap orang ramai yang mudah membuat kesimpulan terhadap situasi yang didakwa.
"Kita orang Islam kena cermat dan kena ingat dosa serta pahala. Jika benda kita buat dosa dan akhirnya tersebar, jadi kita pun menanggung dosa itu sampai bila-bila. Orang guna media sosial dan suka sebar tanpa semak fakta dahulu sama ada betul atau sebaliknya," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 24 2023

Sebelum itu pemilik pengguna Facebook Hanif M Noor memuat naik hantaran berhubung kekecewaannya ketika mahu berurusan dengan AKSB. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.

Lebih 48,000 pengguna di Pasir Mas, Tumpat alami gangguan bekalan air
Seramai 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.

AKSB jamin bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sebelum Aidilfitri
AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.

Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

AKSB akan selesai masalah paip bocor menerusi pelarasan tarif air baharu
Dengan pelarasan tarif air baharu ini, kerja-kerja pembaikan paip bocor akan dapat dipercepatkan.

Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.

AKSB bukan tutup kaunter, tapi kakitangan ke tandas - Mohd Amar
Mohd Amar Abdullah menafikan kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula.

Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.

RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.