BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merancang empat peringkat pemulihan bagi menjamin 590,000 pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air pada 10 hingga 14 Jan depan mendapat semula bekalan dalam tempoh dijadualkan.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata bagi peringkat pertama, pihaknya akan cuba memastikan 33 peratus atau 197,025 pengguna di kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara termasuk pengguna bukan domestik utama di Butterworth akan memperoleh semula bekalan dalam tempoh 48 jam.
Beliau berkata peringkat kedua menyasarkan memulihkan bekalan dalam tempoh 72 jam bagi 495,065 atau 88 peratus pengguna di Seberang Perai Selatan dan bahagian pulau termasuk pengguna domestik utama di George Town dan zon perdagangan bebas Bayan Lepas.
"Peringkat ketiga, kita menyasarkan 99 peratus pengguna di semua kawasan terjejas di Seberang Perai dan Pulau Pinang menerima air secara beransur-ansur dalam tempoh 96 jam manakala peringkat keempat adalah pemulihan setempat untuk baki satu peratus lagi pengguna di hujung paip agihan (HPA) dan kawasan lebih tinggi," katanya pada sidang media di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini hari ini.
Menurut Pathmanathan normalisasi perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 590,000 pengguna yang akan terjejas berlaku secara berperingkat antara 48 hingga 96 jam.
Beliau berkata jangkaan pemulihan dibuat dengan mengambil kira faktor kedekatan pengguna dengan LRA Sungai Dua selain lokasi mereka yang berhampiran infrastruktur bekalan air utama seperti kolam air terawat dan rumah pam di Batu Kawan, Bukit Minyak, Bukit Dumbar dan Bukit Gedung.
Terdahulu Pathmanathan membawa pengurusan PBAPP dan pihak media meninjau kerja pembaikan dua injap pada saluran paip air terawat utama yang rosak dan bocor yang menyebabkan operasi di LRA itu terpaksa dihentikan selama empat hari, selain kerja sampingan di 22 lokasi lain di seluruh Pulau Pinang.
Beliau turut berharap kerjasama daripada semua pengguna untuk menyimpan bekalan secukupnya dalam tempoh empat hari berkenaan selain mengoptimumkan penggunaan air bagi melancarkan proses pemulihan.
Bagaimanapun, katanya lori tangki akan dikerahkan ke kawasan terjejas secara berjadual bermula 10 Jan bagi memastikan pengguna menerima bekalan air secukupnya selain meletakkan tangki statik di kawasan tertentu.
Isnin lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan akan menggerakkan 55 lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas serta meletakkan 60 tangki statik bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan air.
PBAPP sebelum ini memaklumkan 590,000 pengguna air di Pulau Pinang akan mengalami gangguan air berjadual bermula pada 6 pagi pada 10 Jan hingga 6 pagi, 14 Jan 2024 melibatkan lebih 50 kawasan di Seberang Perai dan hampir keseluruhan kawasan di bahagian pulau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Pathmanathan menunjukkan injap kawalan baharu yang akan ditukar pada dua unit injap kawalan 1,200 mm yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. - Foto Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.

Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang
Pakej 12A di LRA Sungai Dua dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari.

Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.

Kurangkan 10 peratus penggunaan air sehingga September - PBAPP
PBAPP merayu kepada pengguna air domestik di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan.

Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.

AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.

Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).

PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.