KUALA TERENGGANU: Gangguan bekalan air kali kedua melibatkan kira-kira 150,000 penduduk di sekitar Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu yang bermula Isnin, dijangka pulih sepenuhnya 12 Sept depan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh berkata kerosakan paip di dasar Sungai Terengganu kali kedua ini, lebih teruk berbanding kejadian pertama pada 2 Ogos lepas.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan enam penyelam mendapati lokasi paip pecah yang baharu terletak 24 meter dari lokasi pertama.
"Buat masa ini, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) masih dalam proses perbincangan untuk menentukan kaedah terbaik dan berkesan bagi memastikan masalah sama tidak berulang pada masa depan," katanya pada sidang media di sini semalam.
Gangguan bekalan air kali pertama yang melibatkan jumlah pengguna sama berlaku selama 12 hari bermula 2 Ogos disebabkan paip bersaiz 1.2 meter pecah di dasar Sungai Terengganu, namun bekalan air bersih berjaya dipulihkan secara berperingkat pada 13 Ogos.
Dr Mamad berkata siasatan awal mendapati kerosakan kali kedua itu disebabkan kejadian luar jangka sewaktu kerja-kerja pasca pembaikan paip dijalankan.
"Bagi memastikan pengguna yang terjejas mendapat bekalan air bersih, SATU telah menggerakkan 19 buah lori tangki, 200 tangki statik, 86 paip pili serta empat tanker jumbo berkapasiti 38,000 liter dan 30,000 liter.
"Saya mewakili kerajaan negeri dan SATU memohon maaf serta berdukacita atas kesulitan akibat krisis air ini yang telah membantutkan kegiatan ekonomi dan aktiviti rakyat," katanya.
Kawasan di Kuala Nerus yang terjejas ialah keseluruhan Gong Badak, kawasan perindustrian Gong Badak, Alor Jambu, Tok Jembal, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Turut terlibat ialah Tepoh, Padang Hangus, Pagar Ubi, Bukit Sudu, Bukit Jong, Sungai Ikan, Gemuruh, Ladang Sentosa, Padang Nenas, Lingai, Bukit Wan, Maras, Bukit Berangan, Batu Rakit, Alur Damak, Pagar Besi, Mengabang Telipot, Mengabang Telong dan Wakaf Tengah.
Bagi daerah Kuala Terengganu pula, 11 kawasan yang terlibat ialah Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, Kampung Banggol Tuan Muda, Petai Bubus, Paya Datu, Jeram, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Kampung Tualang, Kampung Kebor Air dan Kampung Telok Menara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
![Gangguan bekalan air kali kedua dijangka pulih pada 12 Sept - Exco Terengganu Gangguan bekalan air kali kedua dijangka pulih pada 12 Sept - Exco Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629778527_TBSATUAIRLOGO.jpg)
Dr Mamad berkata, SATU memohon maaf serta berdukacita atas kesulitan akibat krisis air ini yang telah membantutkan kegiatan ekonomi dan aktiviti rakyat.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011884_TBAnwarIbrahim.jpg)
Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.
![Johor komited bangunkan industri nanas Johor komited bangunkan industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740007909_tbDatukZahariSarip.jpg)
Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669701055_TBmamad.jpg)
Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.
![66 menara telekomunikasi baharu di Terengganu 66 menara telekomunikasi baharu di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659662527_DrMamadPuteh.jpg)
66 menara telekomunikasi baharu di Terengganu
Dua syarikat telah dilantik oleh kerajaan Pusat untuk membina semua menara telekomunikasi tersebut di negeri ini.
![Projek pembinaan Hospital Dungun kini siap 98.2 peratus - Exco Projek pembinaan Hospital Dungun kini siap 98.2 peratus - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639084117_DatukTengkuFarok.jpg)
Projek pembinaan Hospital Dungun kini siap 98.2 peratus - Exco
Hospital tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan pada 28 Jan tahun depan.
![Krisis bekalan air Terengganu: Berlaku hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip Krisis bekalan air Terengganu: Berlaku hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631598736_MamadPuteh.jpg)
Krisis bekalan air Terengganu: Berlaku hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip
Dalam tempoh 10 tahun, 12 pengusaha pasir diberi kelulusan menjalankan aktiviti mengorek pasir pada jarak 5km daripada kawasan paip tersebut dipasang.
![Gangguan bekalan air kali kedua dijangka pulih pada 12 Sept - Exco Terengganu Gangguan bekalan air kali kedua dijangka pulih pada 12 Sept - Exco Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629778527_TBSATUAIRLOGO.jpg)
Gangguan bekalan air kali kedua dijangka pulih pada 12 Sept - Exco Terengganu
Kerosakan paip di dasar Sungai Terengganu kali kedua ini, lebih teruk berbanding kejadian pertama pada 2 Ogos lepas.
![Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628631031_PengerusiJawatankua.jpg)
Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini
Dr Mamad Puteh memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas kerana gagal membekalkan air bersih pada waktu yang dijanjikan, hari ini.