Pengguna air di sekitar Selangor dijangka akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah bermula hari ini.

Ini kerana berlaku tumpahan minyak diesel sekitar Sungai Selangor yang menyebabkan proses merawat air di loji rawatan air Sungai Selangor terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

diesel tumpah

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan tumpahan minyak diesel di hulu sungai sekitar jam 8 pagi tadi.

Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah kawasan Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sehubungan itu pihak Syabas menasihatkan pengguna air di kawasan-kawasan berkenaan agar menggunakan air simpanan secara berhemah bagi menghadapi gangguan tersebut.

Punca sebenar tumpahan masih belum dipastikan tetapi mendapat makluman bahawa ia berpunca dari bengkel kenderaan yang berdekatan hulu sungai.

Di samping itu Syabas juga akan menyediakan 42 lori tangki air dan 515 tangki statik sebagai bantuan sementara.