Lima wilayah di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) telah pulih sepenuhnya, hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama baik para pengguna dan semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.
"Air Selangor menyarankan para pengguna untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini bekalan air," katanya.
Elina berkata pengguna juga boleh merujuk aplikasi Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.
Pengguna juga disarankan menggunakan air secara berhemat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Pengguna juga boleh merujuk aplikasi Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan. - Gambar hiasan
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.
Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.
Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.
Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.