KUALA LUMPUR: Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.
Menurut Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan, gangguan bekalan itu berpunca daripada kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor yang dimulakan jam 9 pagi tadi.
"Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3 pagi, pada Selasa dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, pada Rabu.
"Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air," katanya.
Mengulas lanjut, Air Selangor berkata, sebanyak 76 lori tangki telah mula digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Katanya, bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi terbabit.
"Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Selangor.
"Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
"Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor," ujarnya.
Afiezy Azaman
Mon May 22 2023
Gangguan bekalan itu berpunca daripada kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor yang dimulakan jam 9 pagi tadi. - Gambar fail
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA
Henti tugas LRA itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.
Gangguan bekalan air di Muallim pulih sepenuhnya petang ini
Gangguan bekalan air melibatkan ribuan pengguna di daerah Muallim akibat paip pecah disebabkan bencana kepala air di Ulu Slim dijangka pulih sepenuhnya petang ini.
Insiden kepala air: Gangguan air tidak berjadual di Hulu Selangor, Sabak Bernam
Sebahagian kawasan di Daerah Sabak Bernam dan Felda Gedangsa, Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam.
Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.