KUALA LUMPUR: Seorang penstriman permainan video kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lain berkata wanita berusia 30 tahun itu membuat lima transaksi pindahan wang ke akaun berasingan berjumlah RM95,700 selepas menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa dirinya 'Inspektor Maria' dari Bukit Aman.
"Pada 2 petang semalam, wanita berkenaan menerima panggilan didakwa dari Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad yang memberitahu kononnya dia ada membuat penghantaran dua keping kad ATM (mesin juruwang automatik), sebuah buku cek dan sebuah token bank kepada individu tertentu.
"Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu lain mendakwa dirinya sebagai Inspektor Maria dari Bukit Aman yang memberitahu mangsa terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan mengarahkan mangsa membuat transaksi pindahan wang ke akaun ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beh berkata wanita itu kemudian menyedari dia ditipu setelah menceritakan peristiwa tersebut kepada rakannya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Seorang penstriman permainan video kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam. - Gambar hiasan/REUTERS
[TERKINI] Isu 3R: Enam petugas radio Era dipanggil Bukit Aman
Enam kakitangan stesen radio Era FM dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

PM Anwar akan turun ke negeri-negeri mulai minggu depan - PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.
'Saya tak paham kenapa mereka tepuk' - YB Paya Besar
Pindaan telah menunjukkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang perkhidmatan Parlimen. Pindaan kepada Perlembagaan antara perkara asas yang perlu dilakukan. Hak sesama pembuat undang-undang harus dihormati antara kedua-dua pihak jelas YB Besut. #AWANInews

RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut direkodkan - MOF
Individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS.

Pempengaruh Ammar Nazhan, lima lagi didakwa kerana merusuh di Bukit Bintang
Kesemua tertuduh didakwa melakukan gaduh gempar ketika satu perlawanan tinju di pusat beli belah di Bukit Bintang, pada jam 10.15 malam, 25 Februari lalu.

Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Kegiatan itu dikesan setelah pihak Jabatan Penjara menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima pesanan ringkas tersebut.

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.
Kepakaran dari India dalam mengendalikan gajah sejak 1970an - Nik Nazmi
PERHILITAN telah mendapatkan latihan kepakaran dari India untuk mengendalikan gajah sejak 1970an. Siri lawatan dan pertukaran kemahiran juga dilakukan bersama Thailand dan Indonesia jelas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi. #AWANInews
PM turun ke beberapa negeri, bincang agenda basmi kemiskinan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke beberapa negeri minggu depan bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama kerajaan negeri antaranya bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar. #AWANInews

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.

Gamer dalam talian rugi RM95,700 ditipu 'Inspektor Maria'
Seorang penstriman permainan video kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.