Gaji yang rendah merupakan antara faktor utama pekerja di Malaysia menimbang untuk meninggalkan negara.

Menerusi satu tinjauan atas talian yang dikendalikan laman web Astro AWANI, secara keseluruhan hampir 74 peratus pekerja di Malaysia pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia.

Satu tinjauan online telah dilakukan oleh Astro AWANI bertajuk, “Adakah anda akan terus berada di Malaysia atau pernah membuat pertimbangan untuk tinggalkan Malaysia?” dan kajian ini telah dikendalikan berdasarkan laporan terdahulu oleh laman web pekerjaan Scoot.my.

Dalam tempoh 24 jam, seramai 5,517 responden telah memberikan pandangan mereka.

BACA: Is whining the only thing that young Malays are good at?


Awani Poll

Berdasarkan hasil kajian AWANI, 74 peratus pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan negara berbanding 26 peratus yang berkata ‘Tidak’.

Yes

Daripada yang berkata ‘Ya’, 49 peratus berpandangan bahawa gaji yang rendah menjadi faktor utama untuk mereka berhijrah, manakala 22 peratus berkata mereka sudah bosan dengan negara sendiri.

Faktor lain adalah mereka mahu mendekati budaya baharu (12%), diskriminasi perkauman (8%) dan lain-lain (9%).

No

Daripada responden yang menjawab ‘Tidak’, kebanyakan kalangan rakyat berkata kesetiaan dan cinta terhadap negara menjadi faktor utama untuk mereka terus tinggal di Malaysia (69%).

Malah, keluarga dan rakan-rakan (23%) serta suami isteri (4%) juga menjadi antara faktor untuk mereka melupakan cadangan tersebut.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga petrol menambahkan beban dan antara punca berlakunya kenaikan harga barang.

Katanya, kerajaan sedar tekanan yang dihadapi ekonomi kelas pertengahan akibat peningkatan kos sara hidup.

Sementara itu, baru-baru ini tersebar sebuah video yang memaparkan seorang anak muda bernama Zahra yang berpeluang untuk berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri.

Di atas platform tersebut, Zahra meluahkan kebimbangannya terhadap kos sara hidup anak muda yang baru meniti alam pekerjaan.

Ucapan Zahra turut mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak.

BACA: #SayaMaisarah, jawapan anak muda terhadap keluhan #SayaZAHRA

BACA: UNDIAN: Terus berada di Malaysia atau tinggalkan negara?