SEREMBAN: Pemotongan gaji Menteri Besar dan barisan exco Negeri Sembilan sebanyak 10 peratus untuk disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana negeri akan disambung enam bulan lagi mulai Julai hingga Disember ini.
Sebelum ini, pemotongan itu bermula Januari sehingga Jun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, selain itu, elaun 1,716 penjawat awam negeri akan dipotong berdasarkan gred perkhidmatan iaitu gred 29 ke atas untuk disumbangkan ke akaun tersebut selama tiga bulan bermula bulan depan.
Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi membantu golongan terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk program bantuan bakul makanan kepada 50,000 penerima, RM500,000 pengecualian bayaran sewa gerai manakala RM500,000 bagi pembelian alat oksigen untuk kegunaan di hospital COVID-19 di negeri ini.
"Pemberian bakul makanan itu diedarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan dan pusat khidmat rakyat masing-masing," katanya pada sidang media secara maya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hari ini.
"Pengecualian bayaran gerai di bawah majlis bandar raya, majlis perbandaran dan majlis daerah di semua kawasan pihak berkuasa tempatan di negeri ini pula bagi tempoh Jun ini," katanya.
Jelasnya peruntukan tersebut merupakan dana daripada RM10 juta yang diumumkan minggu lepas manakala baki RM4 juta akan disalurkan sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Aminuddin berkata, elaun 1,716 penjawat awam negeri juga akan dipotong untuk disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana selama tiga bulan. - Gambar fail
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.
Amirudin mula tugas sebagai MB Selangor hari ini
Beliau tiba sambil diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim serta pegawai-pegawai penjawat awam negeri.