KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan suatu gagasan dan pelan pelaksanaan jelas dinamakan 'Gagasan 100 Tahun Malaysia Merdeka' dalam mencapai peradaban Melayu dengan matlamat meraikan kepelbagaian dan mengeratkan perpaduan.
Pakar Perlembagaan Prof Madya Datuk Shamrahayu Ab Aziz yang mencadangkan gagasan berkenaan berkata ia harus dilaksanakan bagi menangani cabaran masa kini serta masa depan.
"Gagasan ini perlu diusahakan kerana 100 tahun adalah satu penanda aras kepada kedudukan bangsa, tercapai atau tidak tercapainya sebuah peradaban.
"Dalam Gagasan 100 Tahun Malaysia Merdeka (#G100MM), saya utamakan identiti negara dan bangsa dengan memberikan perhatian kepada beberapa perkara perlu diusahakan dalam hal pembinaan masyarakat, memberi masyarakat peluang menambah baik dan memperkasa diri mengikut acuan," katanya dalam ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) di sini hari ini.
Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata antara perkara perlu diusahakan menerusi gagasan berkenaan adalah mengutamakan pengajaran dan pendidikan sejarah bangsa dan agama di pelbagai peringkat pendidikan.
"Usaha ini bukan mengukuhkan kefahaman kepada sejarah bangsa dan agama Islam sahaja, bahkan kita perlu menjadikan cara hidup bangsa dan agama sebagai budaya hidup bernegara.
"Di samping itu, kita juga perlu mengajak mereka yang menganut agama lain untuk kembali kepada pendidikan agama yang bersesuaian dengan agama pilihan mereka tanpa menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama bagi negara," katanya.
Selain itu, Shamrahayu berkata pendidikan atau seni keibubapaan bagi membentuk individu dan keluarga yang mementingkan agama dalam kehidupan seharian hendaklah menjadi agenda negara.
Beliau berkata menerusi gagasan itu lagi perlu memperkukuh dan melaksana dasar-dasar kerajaan berkaitan kekeluargaan seperti Dasar Keluarga Negara yang menyokong Dasar Sosial Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Kanak-Kanak Negara dan Dasar Belia Negara.
"Pelan tindakan masing-masing hendaklah disemarakkan dengan lebih berkesan lagi. Bukan pendidik dan kerajaan tidak pernah memikirkan untuk memperkasa keluarga tetapi mungkin gelombang cabaran adalah lebih hebat daripada gelombang pembaikan dan pemulihan sistem kekeluargaan kita," katanya.
Dalam aspek perundangan pula, Shamrahayu berkata penggubalan undang-undang hendaklah seiring dengan nilai yang dibentuk oleh agama kerana antara sumber utama undang-undang ialah adat danagama.
"Justeru, tidak seharusnya para penggubal undang-undang, atas dasar kemodenan atau kepentingan politik mengabaikan atau melupakan terus asas agama mereka ketika terlibat dalam menggubal undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023

Shamrahayu yang mencadangkan 'Gagasan 100 Tahun Malaysia Merdeka' berkata ia harus dilaksanakan bagi menangani cabaran masa kini serta masa depan.- Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Najib hanya terima belas ihsan, bukan pengampunan penuh - Prof Shamrahayu
Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.

Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu
Suruhanjaya Reid enggan memasukkan kuasa besar kepada Majlis Raja-Raja dalam membincangkan polisi atau dasar negara.

'Gagasan 100 Tahun Malaysia Merdeka' perlu dilaksana bagi capai peradaban - Shamrahayu
Malaysia memerlukan suatu gagasan dan pelan pelaksanaan jelas dinamakan 'Gagasan 100 Tahun Malaysia Merdeka' dalam mencapai peradaban Melayu dengan matlamat meraikan kepelbagaian dan perpaduan.

PRU15: SPR perlu cari jalan tingkat jumlah keluar mengundi - Shamrahayu
Shamrahayu berkata perkara itu perlu menjadi keutamaan pihak SPR bagi memastikan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini terpelihara.

Md Raus antara tiga individu dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Turut dilantik bekas Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Abdul Razak Tready dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Kepentingan awam perlu diutamakan dalam pemberian pengampunan - Shamrahayu
Pemberian pengampunan tidak boleh dipengaruhi darjat supaya undang-undang tidak dilihat sebagai tidak adil oleh rakyat.

Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin kesal tafsiran Shamrahayu
Kenyataan itu menzahirkan rasa kesal terhadap Yang Teramat Mulia Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin di Negeri Sembilan.

Perinci jenis kesalahan hukuman mati mandatori yang akan dimansuh
Shamrahayu berkata, buat masa ini, butiran mengenai perkara itu belum dinyatakan dengan jelas.

Pinda Perlembagaan Persekutuan, beri kuasa Mahkamah Syariah untuk semakan kehakiman - Shamrahayu
Beliau berpandangan sekiranya sesuatu perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah maka Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa untuk menyemak.

Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda perlembagaan negeri - Prof Shamrahayu
Pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.