KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah jalan terbaik untuk memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah Negeri menjalankan semakan kehakiman berhubung keputusan oleh Majlis Agama Islam Negeri, kata pakar perlembagaan Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes SIS Forum (Malaysia) tidak secara jelas menyatakan bahawa kuasa semakan kehakiman itu terletak kepada Mahkamah Persekutuan.
Katanya beliau berpandangan sekiranya sesuatu perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah maka Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa untuk menyemak.
"Pilihan terbaik sekarang adalah pindalah Perlembagaan (berhubung perkara) itu," katanya dalam Program Wacana Muzium Diraja yang berlangsung secara dalam talian semalam.
Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat enakmen yang membenarkan Mahkamah Syariah Negeri mendengar semakan kehakiman berhubung keputusan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Panel sembilan hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah kerana DUN Selangor tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Seksyen 66A menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah Enakmen ini.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan SIS Forum (Malaysia) selaku pempetisyen untuk mencabar peruntukan enakmen berkenaan.
Sementara itu, artikel beliau dalam akhbar Berita Harian semalam bertajuk 'Pinda Perlembagaan beri kuasa penuh semak kehakiman Mahkamah Syariah,' Shamrahayu berkata kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ialah sebarang tindakan Majlis Agama Islam atau jawatankuasa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam adalah tertakluk kepada mahkamah di peringkat Persekutuan (mahkamah sivil).
Beliau berkata mungkin ada dalam kalangan khalayak mahukan Mahkamah Syariah memiliki bidang kuasa membuat semakan kehakiman ke atas apa jua perkara membabitkan hal ehwal Islam atau agensi Islam negeri, maka kehendak ini tidak dapat dipenuhi dengan pendirian tafsiran yang dibuat dalam keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
"Justeru bagi membolehkan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa semakan kehakiman, maka DUN hendaklah diberikan atau dijamin sepenuhnya bidang kuasa membuat undang-undang itu melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Shamrahayu juga berkata pindaan itu hendaklah dengan jelas menyebut DUN mempunyai bidang kuasa untuk membuat undang-undang berkaitan semua perkara dalam hal ehwal Islam termasuk membuat peruntukan mengenai semakan kehakiman secara eksklusif ke atas semua perkara terletak hak di bawah kuasa negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
![Pinda Perlembagaan Persekutuan, beri kuasa Mahkamah Syariah untuk semakan kehakiman - Shamrahayu Pinda Perlembagaan Persekutuan, beri kuasa Mahkamah Syariah untuk semakan kehakiman - Shamrahayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642683238_ShamrahayuAbAziz.jpg)
Shamrahayu juga berkata pindaan itu hendaklah dengan jelas menyebut DUN mempunyai bidang kuasa untuk membuat undang-undang berkaitan semua perkara dalam hal ehwal Islam. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720733846_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.
![[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara [BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720733126_DzaiddinAbdullah.jpg)
[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara
Allahyarham Mohamed Dzaiddin cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik Ketua Hakim Negara.
![Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720713348_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.
![Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-11/41543425510_SuamiPengasuh.jpg)
Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting yang membunuh seorang bayi perempuan dikenali 'Zara'.
![Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592811843_jail.jpg)
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
![Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun
Seorang suri rumah dan bekas kekasihnya yang didapati bersalah membunuh suami wanita itu ketika mangsa sedang tidur terlepas tali gantung.
![Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap penolakan permohonannya merujuk beberapa persoalan perlembagaan.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61688100556_PENGERUSIPERTUBUHAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717487560_TBRewcastleBrown.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me