IPOH: Sebanyak 34 ladang khinzir telah ditutup di Perak kerana tidak memenuhi syarat pelesenan sejak penguatkuasaan Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1992 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009 (Lesen).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata sejak enakmen itu dikuatkuasakan pada 1 Jan 2010, sebanyak 131 lesen penternakan khinzir telah dikeluarkan pada tahun sama.
"Pada Januari tahun ini, sebanyak 103 ladang khinzir telah dilesenkan, tiga ladang ditutup dan tiga lagi dalam proses penutupan menjadikan jumlah yang masih beroperasi hanya 97 setakat ini," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Mengulas penyelesaian isu pembuangan air najis khinzir dan pelepasan air lebihan dari kawasan ladang, Mohd Akmal berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bertindak sejajar dengan peruntukan enakmen itu bagi memastikan kelestarian alam sekitar terutama dalam pengawalan pencemaran sungai yang sering berlaku.
"JPV menetapkan had parameter pelepasan efluen yang disalurkan keluar dari ladang penternakan khinzir mestilah bacaan keperluan oksigen biokimia kurang daripada 50 ppm dan keperluan oksigen kimia kurang daripada 500 ppm sepertimana yang terkandung dalam jadual kedua enakmen tersebut," katanya sambil menambah persampelan air kumbahan dijalankan dua kali setahun oleh pegawai JPV iaitu fasa pertama pengambilan sampel antara Januari hingga Jun dan fasa kedua antara Julai hingga Disember.
Beliau berkata ladang berdekatan sungai disaran mengguna pakai konsep sistem sifar pelepasan iaitu merawat air kumbahan menggunakan bahan kimia dan digunakan semula sebagai air membasuh kandang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021

Pada Januari tahun ini, sebanyak 103 ladang khinzir telah dilesenkan, tiga ladang ditutup dan tiga lagi dalam proses penutupan menjadikan jumlah yang masih beroperasi hanya 97 setakat ini. - Gambar hiasan/ Reuters

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.

Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.

Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.

Perak segerakan penternakan khinzir secara moden
Penyegeraan sistem itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran.

Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.

Lima lagi ladang babi dijangkiti, Pulau Pinang isytihar ASF sebagai bencana
Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.

Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan.

Dua ladang dikesan positif penyakit demam babi Afrika
DVS Pulau Pinang turut mengenal pasti lori pengangkut babi yang telah mengangkut babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF.

Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.

Demam Babi Afrika dikesan di dua ladang di Kerian - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang komersial ternakan itu di daerah Kerian, Perak pada 17 dan 18 Sept lepas.