IPOH: Perak akan menyegerakan sistem Penternakan Khinzir secara Moden (MPF) bagi ladang di seluruh negeri untuk pengoperasian yang lebih baik selain demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan berkata penyegeraan sistem itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran.
"Kami terima banyak aduan daripada orang awam berkaitan pencemaran bau, udara dan sebagainya. Jadi, kita putuskan untuk melakukan penyusunan semula industri ini yang akan diubah ke MPF iaitu berkonsepkan kandang tertutup.
"Selain ladang babi, pencemaran bau dan udara daripada penternakan ayam turut menjadi perhatian apabila sering menerima aduan daripada penduduk khususnya di Manjung sehingga tidak boleh menikmati makanan. Kita dapat menghentikan semua ini jika tukar kepada sistem itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri acara 5KM Colour and Water Fun Run 2023 anjuran Kelab Gabungan Kesihatan Perak di Hospital Bahagia di sini hari ini.
Sivanesan berkata setakat ini, kerajaan telah mengurangkan kepada 87 daripada 115 ladang babi manakala selebihnya akan ditutup atau ditukar kepada penternakan ayam.
"Asalnya, Putrajaya telah mengeluarkan arahan berkaitan sistem ini pada 2017, namun masih tertangguh hingga sekarang. Perak tidak ingin menunggu lagi jadi kita mahu pelaksanaan ini dilakukan segera," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kerajaan Negeri Perak telah memohon pertambahan belanjawan berkaitan kesihatan yang akan dimasukkan dalam Bajet Persekutuan 2023.
"Kami telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon pertambahan katil hospital di negeri ini antaranya kerana kesesakan pesakit. Kita mahu pertingkatkan jumlah katil dan kemudahan bagi keselesaan orang ramai," katanya.
Rabu lepas, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad telah mengemukakan senarai permohonan projek-projek pembangunan bernilai RM3 bilion untuk dimasukkan dalam Bajet Persekutuan antaranya melibatkan pembinaan semula Jalan Raya Timur Barat dan tambahan katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
![Perak segerakan penternakan khinzir secara moden Perak segerakan penternakan khinzir secara moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674881753_Babi.jpg)
Penyegeraan sistem penternakan moden itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708340957_ladangitik.jpg)
Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.
![Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674121256_babi.jpg)
Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.
![Perak segerakan penternakan khinzir secara moden Perak segerakan penternakan khinzir secara moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674881753_Babi.jpg)
Perak segerakan penternakan khinzir secara moden
Penyegeraan sistem itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran.
![Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674881753_Babi.jpg)
Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.
![Lima lagi ladang babi dijangkiti, Pulau Pinang isytihar ASF sebagai bencana Lima lagi ladang babi dijangkiti, Pulau Pinang isytihar ASF sebagai bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673600884_ChowKonYeow.jpg)
Lima lagi ladang babi dijangkiti, Pulau Pinang isytihar ASF sebagai bencana
Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.
![Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan.
![Dua ladang dikesan positif penyakit demam babi Afrika Dua ladang dikesan positif penyakit demam babi Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
Dua ladang dikesan positif penyakit demam babi Afrika
DVS Pulau Pinang turut mengenal pasti lori pengangkut babi yang telah mengangkut babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF.
![Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663673706_TanjungSepat.jpg)
Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.
![Demam Babi Afrika dikesan di dua ladang di Kerian - DVS Demam Babi Afrika dikesan di dua ladang di Kerian - DVS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663591502_Babi.jpg)
Demam Babi Afrika dikesan di dua ladang di Kerian - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang komersial ternakan itu di daerah Kerian, Perak pada 17 dan 18 Sept lepas.
![Notis penutupan ladang ternak babi P. Pinang gagal patuhi lesen mulai 1 Jun Notis penutupan ladang ternak babi P. Pinang gagal patuhi lesen mulai 1 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618326189_babi.jpg)
Notis penutupan ladang ternak babi P. Pinang gagal patuhi lesen mulai 1 Jun
Notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang telah dikompaun dan masih gagal mematuhi lesen penternakan bermula 1 Jun tahun ini.